Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 28, 2014

Adakah pil 'wala' tidak mujarab lagi?

Apa kena dengan Hadi?
Bagaimana kalau hancur sebuah negeri baru ribut berhenti?

Isu MB: Penolakan pada Hadi membara
mk - 8:31AM - 28 Aug 2014
Cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memilih Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon menteri besar Selangor jika dapat menarik beberapa lagi anggota PKR bekerjasama dengan Umno, menimbulkan keresahan anggota jawatankuasa (AJK) PAS.

Sekalipun pegawai kanan Hadi dan pemimpin PAS menafikan keras, ia tetap mengundang resah dan "penolakan dari dalam" kumpulan Erdogan, malah segelintir kumpulan pro-ulama yang "berang berbaur terkejut" dengan perkara itu.

Sumber-sumber PAS memberitahu Malaysiakini, mesyuarat AJK pusat kelmarin, ada pemimpin yang sudah malas 'bergaduh' dengan Hadi.

Malah ada juga yang 'bersingsing lengan' dengan presiden PAS itu dan ada juga yang mempertahankan keputusan 17 Ogos itu yang memilih Azmin di samping Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Ekoran itu, pemimpin PAS dilihat dalam dilema - diluah mati emak, ditelan mati bapa - ekoran pendirian terbaru Hadi yang tidak selari dengan keputusan sebulat suara AJK Pusat PAS Ahad dua minggu lalu.

Ia sekaligus menambahkan parah krisis menteri besar Selangor.

Bagaimanapun penolakan itu, sumber-sumber parti memberitahu, tidak sampai ke tahap penolakan mutlak terhadapnya, termasuk dalam Muktamar PAS 2014 di Johor pada 18-20 September depan.

"PAS berada dalam keadaan dilema tetapi tidak sampai menolak Abdul Hadi (di muktamar). (Malah) ada pemimpin kanan PAS yang tak dipercayai oleh Abdul Hadi (ekoran penolakan itu).

"Mereka terkejut dan tidak setuju dengan dua perkara, bergabung dengan Umno dan mengajar parti rakan khianat (kepada Pakatan Rakyat)," kata sumber kepada dihubungi Malaysiakini semalam.

Sejarah 80-an berulang?

Mengimbau sejarah PAS lebih tiga dekad lalu, sumber-sumber berkata isyarat penolakan Hadi itu boleh berlaku sepertimana ketika Yang Dipertua PAS Datuk Asri Muda disingkirkan pada 1982 dan digantikan Yusof Rawa.

Sementara pada 1986 pula, Yusof pula diasak apabila idea penubuhan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC), sebuah badan bagi mempromosikan dasar PAS kepada bukan Islam, ditolak walaupun menjadi sebahagian daripada ucapan dasar yang dipertuanya.

"(Dengan kata lain, perwakilan ketika itu) menolak usul yang menjadi sebahagian daripada ucapan dasar, (dan ia) dianggap sebagai menolak presiden," katanya.

Sumber-sumber lain yang dekat dengan PAS pula mempersoal perubahan sikap Hadi yang dikatakan tiba-tiba menjadi negatif dan kelihatan terlalu marahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada Isnin lalu.

Sumber itu tidak menolak kemungkinan wujudnya gerakan untuk menolak Hadi termasuk mencabarnya sebagai presiden pada pemilihan PAS tahun depan.

Antara alasan yang digunakan ekoran ekoran pendekatan “one man show” (bergerak sendiri) beliau dalam membuat keputusan politik.

Malah, kedua-dua kelompok dalam PAS – kumpulan Erdogan dan pro-ulama – kini dikatakan sama-sama cuba “membersihkan” satu sama lain.

“Presiden akan dicabar," kata sumber kepada Malaysiakini.

Sementara itu, mengakui PAS berdepan dengan "situasi berkecamuk" berhubung kemelut ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengakui "PAS pernah mengalami situasi penolakan" terhadap ketuanya sebelum ini.

Salahuddin: Ribut mana tak berhenti

"(Tetapi) biarlah masa menentukan. Untuk berlaku adil terhadap presiden (Hadi), beliau boleh berhujah, memberi pandangan, menjawab persoalan secara terbuka sebagai ketua parti. Maka berlaku interaksi dua hala.

"Perwakilan (juga) akan memberikan penilaian yang jujur dan muktamar terbuka untuk bercakap. Muktamar satu lagi medan untuk perwakilan berucap mengenai harapan, sindiran atau kritikan," katanya.

Beliau menjawab soalan sama ada cadangan bekerjasama dengan Umno yang dikemukakan Hadi itu boleh mencetuskan tanggapan buruk terhadap pemimpin nombor satu PAS itu, sekaligus menyebabkan beliau ditolak.

Salahuddin, bekas MP Kubang Kerian itu berkata, sebagai sebuah parti yang menjunjung demokrasi, PAS tidak mengongkong semua pihak dalam parti itu memberikan pandangan.

"Akhirnya satu keputusan dapat dicapai. Biarkan ia (krisis MB ) bergelora dan akhirnya berakhir dengan satu kematangan. Politik baru ini tidak boleh dielak. Ini yang anak muda mahu.

"Biarkan gelora itu berhenti (dengan sendirinya). Ribut mana yang tidak mahu berhenti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

7 comments:

  1. Dgn isu altantuya...kpl selam...mh370..najib tak sepopular tuan presiden.

    ReplyDelete
  2. Abe

    Dalam melihat apa sedang melanda PAS sekarang kita h3ndaklah berlapang dada,waras dan melihatnya dengan cool head bukan emosional tak menentu. Kita kena sorok apa yang berlaku, tengok balik sejarah PAS dan bagi yang takde maklumat kena cari maklumat yang sahih dulu. Sebabnya orang PAS ada akidah Islamiyah bukan akidah pulun duit macam orang UMNO. Orang PAS hanya ada akidah. Mereka xde dan tak gila duit macam orang UMNO.

    Apatah lagi dengan terdedahnya perdebatan antara Hanipa Maidin dan TGHH sebagaimana dilaporkan oleh MI - segala-gala telah terburai atas meja untuk dilihat oleh semua orang.

    Tak guna cuba berdalih kerana apa yang dilaporkan itu begitu memeranjatkan dan mempunyai implikasi yang amat menakutkan - kemusnahan total usaha pemimpin dan ahli PAS dari sejak ditubuhkan hingga hari ini. Pengorbanan,Jerih perit,peluh, tenaga,airmata malahan darah. Ini implikasi yang ada didepan mata ahli-ahli PAS. Jangan kira lagi ia adalah satu pengkhianatan kepada pe4juangan PAS selama 60 tahun lebih.

    Makin cepat ahli-ahli PAS cuba memahami apa yang berlaku lagi baik. Pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan diatas landasan yang sebenar pe4lu dit3gakkan terus.

    Bagi yang tak tahu, cari maklumat apa yang berlaku semasa Almarhum Dato Asri ditolak eh perwakilan di dalam muktamar PAS tahun 1982 kalau tak silap.

    Ahli- ahli PAS perlu tahu bahawa Almarhum Dato Asri Haji Muda adalah tokoh besar didalam s3jarah PAS. Boleh dikatakan dialah seorang diri membina PAS di Kelantan dan Terengganu s3hingga kedua negeri menjadi kubu PAS s3hingga hari ini. Kerana kepimpinan beliaulah PAS berjaya memerintah Kelantan selepas pilihanraya tahun 1959 sehingga 1978. Jasanya amat besar. Dialah yang membina PAS selepas ditinggalkan oleh Almarhum Dr Burhanudin Helmi as to speak.

    So siapalah TGHH berbanding dengan beliau. Jadi, ahli-ahli PAS soroti perjuangan Almarhum Dato Asri dan kenali siapa Almarhum sebelum berwala membabi buta.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Abe

    Satu artikel yang baik tentang krisis mb selangor. Satu sorotan dari sudut lain

    http://www.financetwitter.com/2014/08/now-do-you-understand-why-operation-kajang-was-absolutely-necessary.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Financetwitter+%28FinanceTwitter%29

    ReplyDelete
  4. benar apa yang di katakan olah Salehuddin tu,mana ada ribut yang tak berhenti,tetapi yang kita risaukan kesan yang di landa ribut tu.Rumah terbalik,pokok tumbang,kereta terbang,manusia kita tak taulah apa jadinya.Yang kita mahukan supaya kita bersedia dan mengawal ketika cuaca yang menampakan akan terjadinya ribut.BEGITU Tuan Salehuddin

    ReplyDelete
  5. Abe

    Kena faham mengapa puak UG ini hendak sangat membawa PAS bekerjasama dan sanggup melakukan sabotaj demi sabotaj kepada Pakatan. Logiknya senang sahaja. Tengok ketokohan yang ada pada diri setiap seorang kepala-kepala puak UG ni. Tinggi dan hebatkah mereka dibidang lain selain ilmu ugama seperti karisma,kepimpinan, idea-idea yang menakjubkan?

    Pada saya takde. Begitu juga pada pandangan UMNO, mereka tak ada nilai tambahpun kepada UMNO secara individu. Kualiti mereka ni pun dah berlambak didalam UMNO seperti Almarhum Dato Wan Mokhtar, Jamil Khir, asyraf wajdi dll.

    Logiknya kalau mereka nak masuk UMNO secara individu puj UMNO tak mahu terima. Jadi puak UG ini pada pandangan saya, hendak menggunakan PAS sebagai Colleteral yang boleh menambahkan nilai diri mereka s3cara individu dimata UMNO. UMNO memang berminat hendak membawa PAS dibawah kontrolnya melalui s3barang bentuk kerjasama. Dengan cara ini UMNO dapat mematikan pengaruh dan momentum PAS yang sedang bergerak laju untuk mengantikan UMNO sebagai payung orang melayu.

    M3ngapa saya berpendapat begitu. Puak UG ini tidak pernah memberi alasan yang masuk akal dan hujah syarie secara jelas mengapa PAS perlu bekerjasama dengan UMNO. Sekali sekala k3dengaran alasan perpaduan melayu dan Islam yang budak tadik a pun bol3h mempersoalkan.Mereka lebih banyak sorok punca sebenar mengapa mereka tergila-gila nak bekerjasama dengan UMNO.

    Wallahuallam

    ReplyDelete
  6. TGHH dah tertelan pil kuda kot sbb tu tak berpendirian....

    ReplyDelete
  7. Amat betul komentar bat8, cumanya beliau tidak wujudkan blog sendiri walaupun komen beliau dalam MSO selalu saya amati dan terasa kebenarannya. Komumen saya pula sedikit sahaja iaitu musuh sebenar TGNA sekarang bukan lagi UMNO atau Najib tetapi musuh yang selalu membawa khabar gembira kepada beliau iaitu Adi Awe dan Mustofa Ale (individu yang terlalu anti Anwar). Jangan jadi cerita serigala yang tidak mampu mencapai anggur maka dikatakan anggur itu masam. Mahu lari dari pengaruh dan ketokohan besar Anwar adalah dengan cara bergabung dengan UMNO...Siapa penasihat kamu Awe oiiiii?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa