Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 31, 2014

RCI Sabah: "Adakah kerajaan ada menyembunyikan sesuatu?"

Kenapa laporan RCI Sabah tak didedah?
mk5:13PM - 31 Aug 2014

Rakyat Sabah hari ini menyambut Hari Merdeka dengan masih tidak mengetahui kandungan laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang haram di negeri itu, kata DAP.

Setiausaha DAP Sabah Dr Edwin Bosi (kiri) berkata, walaupun siasatan tentang operasi yang dikatakan memberi kerakyatan kepada pendatang haram untuk dijadikan pengundi itu, dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Mei, bagi orang ramai, ia kekal rahsia.

"Apa yang buatkan kerajaan begitu keberatan untuk mendedahkan laporan itu?

"Adakah kerajaan ada menyembunyikan sesuatu?" kata Edwin dalam kenyataannya hari ini.

ADUN Kepayan itu berkata, pendengaran awal RCI sebelum ini mendedahkan sebuah plot untuk menukar populasi negeri daripada majoriti bukan Islam kepada majoriti Islam.

Menurut Edwin, setiap rakyat Malaysia juga  berhak mengetahui hasil penemuan daripada RCI tersebut.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa