Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 31, 2014

Mahathir: Tidak ada faedah gencatan senjata Israel

 | August 31, 2014
Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza menentang kerana sepanjang 7 tahun, mereka telah diserang bertalu-talu. Kedaulatan mereka diancam.
tun mahathir




PETALING JAYA: Pihak Barat membuat helah kononnya Palestin tidak perlu dijamin keselamatan mereka kerana Palestin adalah pengganas. Nyawa rakyat awam tiada hak untuk diselamatkan, bayi, orang tua dan orang sakit semuanya pengganas dan perlu dibunuh. Selagi semua rakyat Palestin tidak dihapuskan selagi itu Israel tidak mahu berasa selamat.
Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, jika skala keganasan dapat diukur, ternyata Palestin lebih risau dengan keganasan Israel berbanding Israel risau dengan serangan Palestin. Pihak Israel membuat kenyataan umum bahawa mereka tidak takut dengan Palestin dan perang ini.
“Tetapi Netanyahu mengumumkan ia akan terus menyerang Gaza untuk keselamatan Israel. Amerika menyokong pembunuhan besar-besaran ini supaya Israel selamat. Bagaimana pula dengan keselamatan Palestin. Bukankah mereka juga patut diselamatkan?
“Jadi, siapa yang rasa tidak selamat? Siapa yang perlukan jaminan keselamatan? Sudah tentulah rakyat Palestin. Tetapi demokrasi hebat acuan Barat telah menghalalkan pembunuhan besar-besaran oleh Israel itu. Maka, pembunuhan akan berterusan,” katanya dalam posting blognya yang terbaru di www.chedet.cc
Jelas Mahathir lagi, rakyat Palestin di Semenanjung Gaza menentang kerana sepanjang 7 tahun, mereka telah diserang bertalu-talu. Kedaulatan mereka diancam, malah mereka juga dinafikan hak mendapat bekalan ubatan, makanan, dan bahan binaan bangunan bahkan mereka tidak dapat membina semula rumah yang dimusnahkan oleh Israel, dan tiada tempat berlindung semasa musim sejuk.
Dalam pada masa yang sama, Mahathir turut memperjelaskan mengapa Palestin berhasrat untuk menolak gencatan senjata.
“Mengapa Palestin menolak gencatan senjata? Mudah. Kerana sebaik gencatan senjata tamat, Israel akan terus menyerang Gaza. Tiada apa faedah yang akan tercapai melalui gencatan senjata yang dapat membalas pengorbanan rakyat Palestin,” katanya.
Jelasnya lagi, pengeboman Israel sepatutnya dihalakan kepada pelancar roket dan terowong rahsia tetapi yang diserang oleh Israel adalah sekolah dan hospital.
“Tiada bukti kukuh yang dapat menyokong alasan Yahudi itu. Keseluruhan bandar musnah. Bolehkah kita percaya propaganda Yahudi kononnya keseluruhan bandar yang musnah itu penuh dengan roket Gaza? Apa yang pasti, bandar yang musnah itu padat dengan nyawa orang awam, dan sekarang mereka tertimbus di bawah runtuhan bangunan itu.
“Ternyata, bom dan roket Israel telah tersalah sasaran, dan membunuh bayi, orang tua, dan orang sakit,” ujarnya.
Dalam masa lain, Israel turut menyerang sekolah dan pusat perlindungan yang dibina oleh PBB di mana kanak-kanak sedang belajar dan tidur. Adakah Israel mahu tuduh PBB sengaja meletakkan sekolah mereka berhampiran dengan tempat simpanan roket Gaza?
“Kita tahu PBB tidak boleh diharap, dan lemah, tapi kita tahu PBB tidaklah sebodoh itu,” ujarnya tegas.
Selain itu, Mahathir turut memperjelaskan selepas penemuan tiga mayat Israel, Netanyahu berjanji untuk menghukum Palestin. “Dia tidak berjanji untuk mencari pembunuh itu, tetapi hanya berjanji untuk membunuh Palestin, termasuklah kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang sakit dan sekarang kita semua dapat lihat dia lakukannya. Lebih 2,000 orang Palestin untuk nyawa 3 orang Israel tidak mencukupi. Israel mahu membunuh lebih dari itu, kemungkinan besar genosid (penghapusan etnik).”
“Israel lupa bahawa rakyat Eropah telah melakukan penghapusan etnik Yahudi pada masa lampau.. dan Yahudi lari bersembunyi di negara-negara Islam. Mereka tinggal bersama orang Arab, Islam dan Kristian dengan aman dan harmoni. Yahudi Jerman yang lari semasa perang dunia ke-2 ke Perancis telah diselamatkan oleh orang Muslim di Perancis, dan diberikan nama-nama Islam supaya identiti mereka dilindungi.”
“Sejarah turut membuktikan semasa penaklukan tentera Kristian di negeri Islam terakhir di Sepanyol (Granada), dan mereka diberi pilihan samada memeluk Kristian, keluar dari Sepanyol atau dibunuh, orang Islam dan Yahudi bersama-sama memilih untuk keluar daripada Sepanyol dan tinggal bersama di Moroko, Algeria dan Mesir tanpa sebarang masalah.”
“Tiada Yahudi yang dibiarkan tinggal di penempatan haram di negara-negara Islam, mereka diberi layanan yang baik,” ujarnya.
Kini, demi “keselamatan Israel”, mereka lancarkan perang berskala besar ke atas semua negara Arab yang berikan bantuan kepada Palestin. Ironinya. untuk balas dendam pembunuhan 6 juta Yahudi oleh Nazi Jerman, dan kini mereka balas dendam terhadap masyarakat Arab.
“Orang Palestin telah lancarkan roket dan gali terowong untuk menyerang Israel. Tetapi apalah sangat jika dibandingkan dengan senjata canggih Israel, kereta kebal, misil balistik, dan UAV (kapal tanpa juruterbang) Israel dan bantuan Amerika.”
“Israel diberikan berbilion dollar serta senjata oleh Amerika. Untuk apa? Untuk berperang dengan Palestin. Maka, sudah tentulah Gaza mempunyai hak untuk menjaga keselamatan mereka. Tiadakah hak untuk mereka mempersiapkan diri untuk mempertahankan diri sendiri dan negara mereka?” soal Mahathir.
Katanya, Obama dan Cameron, ketua negara yang menghasilkan raksasa Yahudi, telah memberikan lampu hijau untuk penghapusan etnik Palestin dan Arab.
“Tidak menghairankan kerana pada masa lampau, negara ini menyelesaikan masalah mereka melalui pembunuhan, dan merampas tanah orang lain dan kini mengaku kononnya itu tanah mereka,” ujarnya.

1 comment:

  1. bole caya ka mamak sikandar kutti ni ? ingat sikitul & mendaliar ? ABU !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa