Yang mana lebih utama?
Adakah Perlembagaan Negeri yang lebih utama
Atau pertimbangan individu yang utamakan kemakmuran negeri dan rakyat?
Kedua-duanya sama-sama penting.........
Tanggapan Sultan itu mungkin benar!
Tidak adakah orang lain dari PKR selain Azizah?
Cuma adakah ini benar-benar titah Sultan atau kata-kata penasihat Baginda?
Sultan tolak calon MB 'kawalan jauh'
12:00PM - 29 Aug 2014
Sultan Selangor dilaporkan menolak calon menteri besar yang boleh dipengaruhi oleh individu tertentu melalui “kawalan jauh”.
Walau tanpa menyebut nama mana-mana calon, laporan The Star yang memetik kenyataan sumber yang dekat dengan istana itu dipercayai merujuk kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut laporan itu lagi, Sultan Selangor juga berhasrat agar calon menteri besar yang baru itu bukan sahaja mendapat sokongan majoriti DUN, tetapi turut berkemampuan untuk mentadbir negeri.
“Sultan Selangor mahu seseorang yang boleh menjaga keperluan rakyat dan membangunkan negeri ke peringkat paling tinggi,” kata sumber itu seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Sumber tersebut turut menyalahkan Pakatan Rakyat kerana membangkitkan masalah sehingga menimbulkan krisis politik di Selangor dan menjejaskan pentadbiran negeri.
“Ini adalah masalah dalaman parti,” katanya.
Sultan Selangor juga pada pertengahan bulan lalu juga menolak untuk bertemu Wan Azizah, selepas baginda bertemu dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sehingga hari ini, Wan Azizah masih belum berjaya menghadap baginda untuk mempersembahkan 30 pengakuan berkanun bagi membuktikan sokongan majoriti anggota DUN.
Dewan tersebut dianggotai oleh 56 ADUN.
Abe
ReplyDeleteApa nak heran pasal kawalan jauh? TDM, Najib dan UMNO ada berpukuh-puluh sistem kawalan jauh termasuk alat kawalan jauh untuk mengendalikan puak UG dalam PAS.
Dalam keadaan di Selangor, be4guna juga alat kawalan jauh ni. UMNO dan mereka takut jika DSWA ada alat kawalan jauh sebab mereka kena fikir 2 3 kali nak buli dan sabotaj kerajaan DSWA. DSWA t3kan je remote control, muncul Anwar untuk mematahkan kerja jahat UMNO dan pihak berkepentingan.
Ini le s3babnya cai-cai UMNO dok kalut dan meroyan tuduh nepotisme le macam2. Noh Omar pun dah pucat lesi sekarang kerana dia tahu dibelakang MB DSWA tu tercegat Anwar. Silap-silap bol3h ye4k3ncing dlm suar si noh omar.
Hallo kwn.Tuanku Sultan lagi luas pandangan Mata nya.lagi banyak pengalaman nya.lagi jauh Tuanku berjalan.yang bat8 ni nak sangat wan azizah jadi mb(my Bini)Ada APA APA Ke.istana punya kuasa mutlak.
DeleteLapor Star hari ini ialah istana tidak mahu calon MB yang kena remote control. Maknya Sultan mahu MB yang bebas. Senangnya cakap. Mana ada seseorang yang dapat bekerja dengan sendiri tanpa perlu mendengar pendapat dari orang lain. pegawai kerajaan pun kena ikut perintah ketua. Ketua pula ikut perintah ketua lebih besar dan begitulah setrusnya. Berkenaan jawatan MB, pula mana ada Mb yang tak tidak dikenakan remote-control baik MB Bn atau PR. MB kena ada penasihat, dia tak boleh buat pandai. MB BN remote controlnya adalah PM dan parti. Kalau MB buat pandai tak lama kenalah tindakan. Macam Khalid Ibrahim, dia lupa dia jadi MB kerana parti jadi bila tak dengar arahan parti, nasiblah kena pecat/ Sama juga dengan MB BN, kena ikut arahan PM dan parti. Kalu lawan boss (PM) kena angkat kaki lah. WAWi pun sama, kalau dia dilantik MB dia kenan ikut arahan parti. Tak ad isu remote control. Kenapa Sulatan tak faham perkara asas ni. MB mesti ada enasihat. Macamn Sultan juga, dia pun ada panel penasihat. Mana-mana individu, betapa hebatnya dia, dia tak boleh kerja secara sendiri. Baik dalam Kerajaan, syarikat atau jabatan. Kalutlah isu remote control ni.
ReplyDeleteTidak payah ada pilihanraya lantik saja siapa2 yg istana boleh kawal... balik zaman dulu sultan pemerintah habis cerita
ReplyDeletebat8
ReplyDeleteA'ah....terlupa pulak abe semua PM selepas Mahathir dikawal dari jauh!
Tu la..baru-baru ni tuan punya remote control sudah marah kat Najib...kononnya menarik balik sokongan.
Hehe.mcm abe teka jer.ade ke sultan ckp mcm tu.masak sgt dgn perangai org keliling bangsawan neh.jual nama.tp apa pun kalo sultan nak beri pandangan n berckp dia tetap kena berpaksikan perlembagaan.aku peribadi kurang setuju azizah jd mb tp kalo dah dpt majoriti tuh apa yg nak pong pang lg.bg jerlah.tgok cmana dia handle.x ok tukar jer.kita kan kaki kritik.apa salahnya lps ni kita bantai dia plak.kritik pon kira bantu jgak la.x der la dia dgr bnde bes jer mcm abg jib tuh.dia dah bukti dpt sokongan politik dgn cara berpolitik.jgn berpolitik ala vellfire udah la.tkut kena gelak.kluk klak kluk klak jer gengnya.mcm org kena akar pinang.sekajap yer kejap dak.bikin malu parti sje.
ReplyDeleteair gunung
ReplyDeleteSoalnya sekarang adakah benar Sultan tak berkenan Wan Azizah kerana kononnya ada remote control?
Remote control ke or tak remote control ke,yang penting buat kerja dengan betul-ikut peraturan.Lain kali jangan belaga pipi dengan perempuan singh tu.Sultan tu ketua ugama Islam.
ReplyDeleteApa kah pemimpin bahalol tanpa kawalan lebih afdhal , dari pemimpin bijak professional dan bukan bahalol bekerja untuk maju kan negeri bangsa dan negara.
ReplyDeleteHal hal kawalan dekat atau jauh adalah pemikiran emosi yang tidak matang... Ini juga punca banyak anak baru lahir di buang akibat kesan gagal kawalan dekat.
Apa kah Melayu Melayu itu bangsa tanpa kawalan ???
Bukan masalah remote atau tidak, sesiapa pun jadi pemimpin kena ikut arahan parti dan ahlinya bukan ikut suka dia aje. Jika pemimpin tak ikut arahan parti maka jadilah pemimpin diktaktor macam madey kutty, ikut kepala dia aje. Org lain buat semua salah, dia aje yg betul. Akhirnya rakyat menyampah dan hampir umno/BN nak tersungkur baru letak jawatan kalau tidak dgn Bn pun bungkus sekali.
ReplyDeleteNegara kita mengamalkan Raja berpelembagaan bukan raja mutlak. Kalau tidak jadi macam kat perak pulak nanti. Penasihat raja ni kadang2 lebih kuah dari sudu terutama yg ada kawtim dgn umno, hancus........
AnonymousAugust 29, 2014 at 3:07 PM byk sgt tidur itu. Ini bukan zaman angguk2 geleng2 sekarang zaman org korek maklumat sampai lubang cacing
ReplyDelete