Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 27, 2014

Mereka Seolah Memaksa Sultan Untuk Menerima?

Apa pun untuk menerima atau tidak itu adalah urusan Sultan
Kalau PAS ingin mengemukakan calon mereka sendiri pun tak salah kerana titah Sultan adalah sebagaimana yang kita sedia maklum

Wan Azizah kepada Sultan Selangor
Published: 26 August 2014
Nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dipersembahkan untuk pertimbangan Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan Pakatan Rakyat pada 2013 memandangkan beliau mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 Ahli Dewan Negeri (Adun) Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2014.
PKR dan DAP tetap hanya akan mencalonkan satu nama sebagai menteri besar Selangor iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail walaupun Sultan Sharafuddin Idris Shah menghendaki Pakatan Rakyat (PR) menghantar lebih daripada dua nama.
Melalui satu kenyataan lewat malam ini, dua parti itu berkata, hanya nama Dr Wan Azizah akan dipersembahkan untuk pertimbangan Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan PR pada tahun lepas.
"Ini sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan menteri besar sebelum ini.
"Ia juga memandangkan Dr Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang ahli Dewan Undangan Negeri Selangor," menurut kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.
Kenyataan berkenaan turut melampirkan surat dari istana bertarikh 7 Mei, 2013 berkenaan pelantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
Sambil merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara Sultan Selangor, Pua dan Saifuddin berkata, keputusan berkenaan diambil dengan mengambil kira titah Sultan dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Khalid apabila parti dalam PR mencadangkan beliau pada 2013.
"Pencalonan ini diperkenankan dan diterima pakai oleh Sultan Selangor.
"Oleh yang demikian, PKR dan DAP menjunjung titah Sultan dan akan mempersembahkan pencalonan Dr Wan Azizah untuk dipertimbangkan sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh PR dalam tahun 2013," kata mereka dalam kenyataan itu.
Sultan Selangor hari ini menangguh peletakan jawatan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga pelantikan menteri besar baru dibuat.
Baginda mahu PAS, DAP dan PKR setiap satu mengemukakan lebih daripada dua nama bagi memudahkannya menentukan calon yang layak.
Khalid berkata, beliau menghantar surat peletakan jawatannya kepada Istana Kayangan, Shah Alam hari ini, namun ia ditolak Sultan.
"Ini ialah tatacara yang pernah dilakukan oleh istana bukan saja semasa PR, tetapi juga semasa Barisan Nasional (BN) ingin menamakan mereka yang dicadangkan untuk dilantik menjadi menteri besar," katanya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) petang tadi.
Khalid dipecat keahlian PKR pada 9 Ogos lalu selepas enggan berundur dan memberi laluan kepada Dr Wan Azizah untuk menjadi menteri besar.
Beliau kemudiannya memecat enam anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) daripada PKR dan DAP dan mentadbir Selangor dengan empat exco PAS.
"Sultan Selangor menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR, dan DAP mencadangkan lebih dua nama daripada parti-parti PR sebagai calon menteri besar Selangor bagi memudahkan Sultan Selangor menentukan calon berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak.
"Ini adalah sejajar dengan konvensi yang diamalkan secara berterusan dalam perlantikan menteri besar Selangor sebelum ini," katanya dalam kenyataan yang dibacakan Khalid.
Khalid dalam pertemuannya dengan sultan memohon maaf kepada baginda atas suasana politik masa kini sehingga menyebabkan pihak istana terheret sama.
Katanya, beliau menyerahkan kepada baginda untuk mencari penyelesaian terbaik sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintah, institusi beraja dan pentadbiran awam. – 26 Ogos, 2014.

18 comments:

  1. PKR / Anwar sangat degil dan kepala batu..tdk faham bahasa...Sultan suruh setiap parti hantar 2 nama cdgn bg baginda buat pilihan..masing2 diberi peluang asalkan tdk perlu PRN..maknanya Azizah sdh CHESSMATE di stu, tak kan tak faham!!
    seolah2 memaksa Sultan ikut nafsu mrk. sekiranya Sultan tdk memenuhi nafsu mrk, maka Sultan akan dituduh macam2 dan heret rakyat ke jalan raya...ini lah akhlak manusia yg tdk boleh pakai dan sgt jelek..
    PKR parti budak nakal dan sgt suka konfrantasi..belum lg dapat perintah Malaysia..

    ReplyDelete
  2. Abe.
    Aku rasa sultan hanya mahu tgok siapa yg ada sokongan majoriti x kira lah 1 ke 2 ke 3 nama dihantar.kalu ada kesepakatan 1 nama apa peruntukan undang2 yg sultan boleh lakukan.begitulah seterusnya.kalo antar 2 or 3 sultan tetap tgok yg dpt majoriti jgak.kalo sultan x lantik yg dpt majoriti,peruntukan undang2 mana yg dipakai.atau setakat sultan x suka seseorg walau dpt majoriti seperti pok yeh di tgganu dulu menjadikan sultan sudah berpolitik dan berkepentingan.jgn marahlah kalo sekiranya berbagai jenis tafsiran yg dibuat oleh rakyat dr pelbagai lapisan.paling tak akn ada kenyataan sultan tak adil pasal sokong yg dia suka shj pasal ada sesuatu.
    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  3. Bukankah senang jika khalid letak jawatan dan panggil sidang dun dan ajak sultan dok sekali lihat siapa bakal di ganti... tapi kesemua institusi haramjadah yg ada dalam perlembagaan buat kerja ikut kepala lutut masing masing.. mcmn tak kecoh... terengganu pun selesai dlm 1minggu... respect pd sultan terengganu kerana tidak hard up berpolitik

    ReplyDelete
  4. sebagai seorang ibu saya lihat wan azizah dipergunakan suaminya macam kain buruk bila diperlukan baru dipegang diheret kesana kemari..tapi bila atas katil adakah dia sedar itu isterinya?. wan istri mishali memang baik untuk jadi ketua keluarga tapi bukan jadi pemimpin buat semua..wan tak layak sebab latar belakang suaminya yang munafiq.. istri jadi mb suami merengkok dipenjara bukannya kesalahan kecil tapi melibatkan maruah! ....adakah orang selangor tak menilainya???fikir logik ajala

    ReplyDelete
  5. bila pemimpin ber tanggung jawab , tiada masalah.

    dap/pkr sudah bukti ber tanggung jawab.

    pas pula munafik

    bila pemimpin ber tanggung jawab , tiada masalah.

    bila emosi mengawal otak , tatacara kerja , dan common sense , susah juga nak selesai masalah

    bukan salah anwar yea.

    renungi lah.

    ReplyDelete
  6. Bukan chessmate....checkmate

    ReplyDelete
  7. checkmate daa bukan chessmate ! ABU !

    ReplyDelete
  8. Sultan pun nakal juga....cuba gunakan budi bicaranya untuk jadikan perkara ni rumit....sepatutnya terima jer apa yang telah dicadangkan oleh PR...macam sengaja nak bagi perkara ini jadi rumit dan beri peluang kepada UMNO.

    ReplyDelete
  9. Undang2 Tubuh menyatakan yang sepatutnya bole mengadap adalah MB saja i.e. TSKI. Yg lain tu hantar aje dulu boring permohonan. Nanti akan dipanggil temudugalah. Mcam tak faham prosedur.

    ReplyDelete
  10. ape ke halnya kena hantar dua nama kalu dah sultan mempunyai kuasa memilih...bior jelah dia pilih sape yg dia suka...lepas ni tak payah pilihanraya Ikut Suka Aku

    ReplyDelete
  11. apa masalahnya kalau hantar 2 nama? itu baru nak memerintah sebuah negeri, kalaulah memerintah Malaysia bagaimana agaknya kesombongan dan keegoannya. Perangai sebiji macam Yahudi
    Apakah yg tersirat yg tersirat Anwar beriya-iya benar ingin isteri beliau menjadi MB Selangor.

    ReplyDelete
  12. Baca undang-undang dulu lah kalau nak komen, komen yang kurang bijak hanya menunjukkan kejahilan.

    ReplyDelete
  13. bahaya kalau derhaka kat sultan.....nanti masuk neraka wooo...hahahaha!

    ReplyDelete
  14. Dengan Nama Allah SWT
    Ya Allah , Engkau Daulat kan ketabahan hati Sultan Selangor di atas kebiadapan dan kebodohan Pemimpin PR yang rakyat negeri Selangor telah beri mandat sebagai wakil rakyat mereka. Moga moga Tuanku bubar Dun Selangor biar rakyat yang pilih kembali Pemimpin yang menghormati Raja mereka. Dan moga moga Sultan Selangor tidak perkenankan isteri Ex Umno menjadi MB Selangor yang baharu. Ertikata jangan ' MELETAKKAN MUTIARA KEPADA LEHER BABI "

    ReplyDelete
  15. Alamak...
    Megawati Sukarnoputri yang dipilih
    sebagai Presiden Indonesia pada
    tahun 2001, takda pun rakyatnya yang
    melebihi 200 juta itu membantah
    termasuk para ulamaknya yang terkenal
    terhebat dan terhandal.
    Ini baru kemukakan nama Dr. Wan Azizah
    untuk berkuasa di negeri Selangor sekakang
    kera itu begitu kelam kelibut dibuatnya.
    Berbeza sekali ulamak Pas dengan
    ulamak Indonesia seperti langit dengan bumi.
    Oh Malaysia, tanahairku.

    ReplyDelete
  16. Abe,

    Tempat rujukan dalam kes ini ialah undang-undang tubuh negeri selangor. Adakah ia sebut nama calon MB kena lebih dari 1? Kita kena ingat dibawah sistem ala wesminister yang kita amalkan , raja kita adalah raja berpelembagaan bukan raja mutlak. Setiap tindakan rasmi raja atau sultan ditentukan oleh perlembagaan.

    Pe4mintaan Tuanku Sultan Selangor untuk menghantar lebih dari 1 nama adalah budibicara baginda sahaja. Dalam keadaan aman dan normal ia adalah sesuatu yang boleh dipenuhi sebagai menghormati kedudukan baginda. Tetapi dengan perangai PAS yang mencari peluang untuk mengagalkan sebarang tindakan PKR & DAP, depa kena berhati-hati.

    Begitu juga tempoh akhir untuk menyerahkan nama yang ditetapkan pada 3 september. Soalan kena tanya adakah ada tempoh ditetapkan untuk menyerahkan nama dibawah perlembagaan negeri Selangor.

    ReplyDelete
  17. mamak !!!! botol besar kasi satu mari....

    tongku tak mabuk kicap lagi kah ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa