Orang Asal menggesa guru berkenaan meminta maaf daripada umum secara terbuka.
sebagai menghina penduduk Sabah baru-baru ini, Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) menggesa guru berkenaan meminta maaf daripada umum secara terbuka.
Naib Presiden Pekadin, Luis Lidong berkata, guru itu membuat kenyataan yang tidak sepatutnya kerana ia boleh menjejaskan hubungan di antara penduduk Sabah dan semenanjung.
“Komen guru itu boleh menjejaskan perpaduan negara melalui konsep 1Malaysia,” katanya menambah bahawa walaupun mereka menghargai sumbangan guru-guru dari semenanjung, komen menerusi media sosial itu adalah keterlaluan.
Guru itu, Nor Mastura adalah seorang Ustazah yang bertugas di sebuah sekolah di Tenom yang menghantar pos yang bermaksud penduduk Sabah tidak cemerlang tanpa guru-guru dari semenanjung dan mereka tidak ada kelayakan untuk menjadi guru.
Menurut Luis, penduduk Sabah dan bekas penuntut yang pernah diajar guru-guru dari semenanjung tidak pernah menafikan sumbangan mereka itu, malah usaha mereka dihargai.
Oleh itu katanya, Pekadin mahu guru itu meminta maaf kepada semua penduduk Sabah kerana membuat kenyataan negatif tersebut.
Sementara itu, Parti Bersatu Sabah (PBS) menggesa penjawat awam terutama guru-guru untuk sentiasa berhati-hati dan menahan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan orang lain.
Jurucakapnya, Goon Thien Shang berkata, mereka menghormati para guru sebab mereka bukan saja diberi kepercayaan untuk mendidik pelajar bagi mendapatkan pendidikan yang baik tetapi mereka juga mengajar nilai-nilai yang mulia.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa