Pengundi Selangor cenderung Wan Azizah jadi MB, kata Merdeka Center
Astro Awani |Kemas kini:Ogos 22, 2014
(Diterbitkan pada: Ogos 22, 2014 17:56 MYT)

BANGI: Pengundi di Selangor cenderung mengekalkan sokongan kepada Pakatan Rakyat sekiranya pilihan raya negeri diadakan sekarang sebagai penyelesaian kepada krisis Menteri Besar negeri itu, kata satu kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion and Research.
Kaji selidik itu juga mendapati pengundi di Selangor cenderung untuk Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail jadi menteri besar berbanding Timbalan Presiden, Azmin Ali atau calon daripada PAS atau UMNO.
Hasil kaji selidik itu mendapati 57 peratus pengundi di Selangor sedia "memberi peluang" kepada Pakatan Rakyat untuk kembali memerintah. Hanya 29 peratus mengatakan mereka tidak akan memilih Pakatan Rakyat manakala 15 peratus tidak pasti.
"Pada pandangan kami, biarpun perkembangan politik di Selangor meredakan angin pengundi Selangor terhadap Pakatan Rakyat, tinjauan mendapati sentimen menolak Barisan Nasional masih kuat.
"Ini bermakna Barisan Nasional masih akan berdepan dengan cabaran besar biarpun Pakatan mengalami krisis keyakinan dan prestij di kalangan pengundi di Selangor sekiranya pilihan raya diadakan sekarang," kata badan penyelidik itu dalam satu kenyataan.
Majoriti responden juga iaitu 46 peratus menyatakan keadaan sekarang lebih baik berbanding semasa Selangor di bawah pentadbiran BN. Pada masa sama, 36 peratus menyatakan keadaan sama saja dan 15 peratus menyatakan keadaan sekarang lebih buruk.
Kaji selidik ini melibatkan 808 pengundi berdaftar di Selangor yang terdiri daripada 50 peratus responden Melayu, 34 peratus Cina dan 16 peratus India - angka yang mencerminkan pecahan pengundi di negeri itu.
Ia dijalankan antara 11 hingga 17 Ogos lalu hasil temubual melalui telefon.
Krisis kedudukan Menteri Besar Selangor sampai ke jalan buntu apabila Tan Sri Khalid Ibrahim enggan berundur biarpun selepas tidak lagi mendapat sokongan daripada Pakatan Rakyat.
Beliau kini menunggu perkenan untuk mengadap Sultan Selangor yang dijadual akan berangkat pulang ke tanahair pada 27 Ogos ini.
"Krisis yang berpanjangan itu telah menjejaskan pandangan umum (apabila) tinjauan mendapati hanya 46 peratus responden merasakan negeri berada pada landasan yang betul," kata kenyataan itu lagi.
Angka tersebut adalah satu penurunan yang ketara berbanding 64 peratus berdasarkan kaji selidik pada Mac 2014, tambah badan itu.
Mengenai tahap keyakinan kepada dua pakatan politik itu untuk memerintah Selangor, 43 peratus responden meletakkan keyakinan kepada Pakatan Rakyat berbanding 29 peratus yang menyatakan Barisan Nasional.
Bagaimanapun, 13 peratus daripada responden tidak peduli pakatan politik mana pun yang jadi kerajaan negeri manakala 12 peratus tidak pasti.
Selain kemelut kedudukan menteri besar, isu bekalan air turut menjadi perhatian pengundi di Selangor.

Kajian dengan hanya sampel 808 responden (cuba kira berapa % dari jumlah pengundi di Selangor) dengan lokasi responden tidak dinyatakan boleh mencadangkan bahawa pengundi Selangor cenderung DSWA jadi MB..
ReplyDeleteKah kah kah kah
Kajian Merdeka Center ke atau Rubish Center yang dipetik niii.