Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 24, 2014

Lantak Kamulah Labu....Rakyat Melihat, Rakyat Mendengar Dan Rakyat Juga Yang Menilai!

Tang jentera tu aku setuju
Takkan sentiasa nak menumpang?

'Jangan jadikan PAS T'ganu kambing hitam'
mk - 6:18PM - 24 Aug 2014

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu hari ini mengingatkan PKR supaya tidak menjadikan pihaknya sebagai kambing hitam ekoran kekalahan PKR di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat sebaliknya menasihatkan PKR Terengganu supaya menyelesaikan masalah dalaman mereka dan memperkuatkan jentera parti mereka di peringkat akar umbi.

“Jangan hanya sekadar nak bertanding, tapi gunakan jentera PAS, sepatutnya masing-masing perlu memperkemaskan jentera parti masing-masing untuk menghadapi pilihan raya.

“Kadang-kadang cabang sahaja yang ada, ranting tak ada pun, jadi inilah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh PKR Terengganu,” katanya dalam sidang media di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau mengulas dakwaan wakil PKR Terengganu, Azlan Che Mat dalam kongres PKR di Kuala Lumpur semalam, yang mendakwa PKR "dibuli" PAS Terengganu dalam PRU13 kerana PAS turut menghantar pencalonannya di kerusi yang ditandingi PKR.

3 comments:

  1. rakyat mengundi bukan di pengaruhi jentera2 politik tetapi calon politik itu sendiri.

    walau jentera bagus tapi calom bahalol , mana ada calon bahalol menang kecuali pengundi2 sendiri bahalol.

    pakatan menang atau kalah di terengganu bukan sebab jentera politik , rakyat bukan semua nya bahalol tetapi calon politik pasti nya ramai below standard tahap tadika aje.

    ReplyDelete
  2. Kenyataannya, PKR parti penumpang yang tidak bersifat 'symbiosis'. PKR besifat 'parasite' kerana ahli-ahli terdiri dari macai macai politik cari makan macam jugak ahli-ahli UMNO.

    ReplyDelete
  3. ganu paling ramai pemuja UG
    presiden pon wat keputusan ikut kepala sendiri bukan nak tanya org2 bawah pon
    presiden lapar nk jadi menteri melalui kerajaan perpaduang
    pecat je hadi awang ni...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa