Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 30, 2014

Khalid, Adakah Rakyat Juga Nampak Begitu?

Yang rakyat dan penyokong PR yang bukan Ahli PAS nampak sebenarnya adalah sikap setia kawan PAS, percanggahan di dalam pimpinan PAS dan pendirian PAS yang tidak tetap.
Hilangnya solidariti di dalam PR

PAS mahu buktikan ia bebas dari PKR, DAP dalam isu MB, kata Khalid Samad
Published: 30 August 2014
Golongan muda PAS merasakan parti Islam itu terlalu banyak berkompromi dengan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat, menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa membuktikan parti itu bertindak bebas dalam isu krisis MB Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Ogos,2014

Tekanan dari golongan muda PAS yang merasakan mereka terpaksa menurut agenda rakan parti PKR dan DAP menyebabkan kepimpinan pusat parti Islam itu mengorak haluan sendiri dalam krisis menteri besar (MB) Selangor, kata  Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Ahli jawatankuasa PAS pusat itu berkata itulah sebabnya PAS berdegil dalam krisis MB Selangor dan bercanggah pendapat dengan PKR dan DAP dengan tidak menyokong sepenuhnya pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB baru.
"Kita perlu faham mengapa PAS berkelakuan sedemikian. Saya rasa masalah utamanya ialah golongan muda PAS... pemimpin lebih muda, mereka merasakan seperti perlu turut sahaja dengan agenda PKR dan DAP," kata Khalid kepada The Malaysian Insider.
"Mereka merasakan seolah-olah identiti PAS dan ahli partinya semakin kabur, solah-olah kita mengikut sahaja rancangan (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan kumpulan beliau.
"PAS ingin menunjukkan ahlinya yang ia ada pendirian sendiri dan ia masih bebas," kata Khalid tentang penentangan partinya terhadap rakan parti Pakatan Rakyat (PR) dalam isu MB yang berkemungkinan memecahbelahkan pakatan berusia enam tahun itu.
Penganalisis politik berkata tampak ada antara ahli PAS merasakan PR perlu mengikut rentak parti Islam tersebut, seperti yang berlaku di Kedah sebelum Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) dan semasa isu hudud timbul.
PAS Kedah menghadapi pergaduhan dan pergolakan dalaman di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan PAS kekal dengan MB satu penggal itu apabila bertanding untuk PRU13 dan hilang kuasa atas negeri itu kepada Barisan Nasional (BN).
Parti itu bertegas mahu menguatkuasakan kanun jenayah Islam hudud, meskipun rakan PKR dan DAP membantah dengan mengatakan jika isu itu terus digembargemburkan, mereka aan kehilangan undi pada masa depan.
Khalid (gambar, kiri) memberitahu The Malaysian Insider ada ahli secara terbuka meminta pemimpin PAS mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan DAP, mengatakan parti Islam tersebut sudah banyak berkompromi.
"Berdasarkan sentimen ini, ada antara pemimpinnya yang ingin menunjukkan identiti yang berbeza daripada PKR dan DAP, jadi kita dapat katakan kita bukannya hanya bertindak mengikut arahan PKR dan DAP." tambahnya.
"Sebagai parti yang kukuh kedudukannya, PAS tidak mahu dilihat sebagai orang bawahan PKR."
Bagaimanapun, Khalid berkata ini merupakan agenda Umno dan BN bagi mewujudkan perselisihan antara parti dalam PR.
"Jadi malang sekali, inilah yang tidak difahami ahli serta pemimpin kita sendiri... sebenarnya kita tidak melakukan apa-apa yang tidak kita persetujui. Jika terdapat perbezaan pendapat, selalunya ia akan diselesaikan melalui perbincangan," tambahnya.
Rabu lepas, Khalid berkata mereka yang ingin PAS meninggalkan PR patut keluar parti itu.
Beliau berkata sekiranya ahlinya berpendapat partinya lebih baik tanpa PR, mereka patut meninggalkan parti dan sertai Umno.
"Sebaik sahaja ahli-ahli ini pergi, barulah PAS boleh menjadi rakan yang efektif kepada PR."
Pendirian parti Islam tersebut menamakan sekurang-kurangnya dua calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membangkitkan persoalan keteguhan PR, memandangkan PKR dan DAP bertegas menamakan calon tunggal Dr Wan Azizah, bagi jawatan tersebut.
Ini berlaku selepas Sultan Selangor mengarahkan setiap parti mengemukakan lebih daripada dua nama calon, membayangkan istana tidak berkenan dengan Dr Wan Azizah.
PAS mengulangi ia akan menghantar dua nama calon MB Selangor kepada Sultan, sekaligus menentang keputusan Majlis Presiden PR mencalonkan hanya Dr Wan Azizah, mengatakan mereka hanya menurut titah Sultan.
PAS juga menimbulkan kemarahan PR sebelum ini apabila mengambil masa terlalu lama memutuskan sama ada menyokong penyingkiran Khalid Ibrahim, dan meskipun digesa membuat keputusan dengan lebih cepat, kepimpinan PAS hanya bermesyuarat seminggu selepas PKR memecat Khalid Ibrahim.
Penganalisis menjangkakan gambaran masa depan suram bagi Pakatan.
Khoo Kay Peng berkata penentangan PAS ini bakal menjatuhkan PR pada peringkat negeri dan kebangsaan.
Ibrahim Suffian dari Merdeka Center juga setuju bahawa kedegilan PAS untuk mencalonkan dua nama pasti "mewujudkan lebih banyak ketegangan" dalam pakatan tersebut.
Bagaimanapun, Khalid memandang ringan isu tersebut dengan mengatakan perbalahan antara PAS dan rakan partinya hanya berkisar aspek "strategi" dan bukan dari segi "prinsip".
"Ia tidak sepatutnya dilihat sebagai masalah kerana ia bukannya isu besar," katanya, pada masa sama mengatakan cabaran terbesar tahun ini ialah memastikan kesinambungan PR.
"PKR dan DAP juga perlu faham pendirian kami supaya mereka juga akan pastikan apa sahaja keputusan yang perlu dibuat, reputasi dan kepentingan kami juga turut dipertahankan." – 30 Ogos, 2014.

11 comments:

  1. kalo ada lagi org percaya kat parti2 politik x tau le hehe..aku bukan nak ngajo nak kongsi je..pas bersungguh2 tunjuk baik skrag sbb pas la pemain utama mengfiraunkan madey dan mengangkat nuar..skrng bila nuar buat gila lantik bini sendiri sekaligus ianya menjadi lawak paling bodoh yg pernah dihidangkan kat kita rakyat jelata ni lalu pas pun cepat2 bergerak licin..org ramai heran knp pas x lawan anwar dgn garang,padahal sebelum ni pembawakan garang bukan main..skrg nmpak mcm pas penakot je kan?sbnrnya bukan sbb takut kot,tapi takut madey dan rakyat jelata perasan agaknya dulu dia pemain utama menjulang anwar dan mengfiraun kan madey hehe..baik buat diam kang semua prasan leceh lak kan hehe..so cara terbaik pas buat ialah tunjuk dia sayang kat sultan..padahal perkara ni hingga ke tahap ni pun rentetan dari perangai pas juga,pas pemain utama la dulu dlm mengangkat anwar dan mengeji madey..hehe..tiba2 skrg pas ialah parti yg sgt syg sultan..padahal sblm ni dia sgt sayang pada anwar termasuk ambiga2 sekali haha..jadi cuba teka sapa parti paling licik yg pandai menyorokkan kesalahan diri sambil menunjukkan diri baik?..korang nak tuduh aku umno la tu sbb aku cakap mcm ni kan? hehe..tolong la..aku x mengundi..aku x hadap pas dan umno apetah lagi pkr mca dap dan lain2...aku cuma nak seru kamu2 sedara2 semuslim..buanglah rasa taksub kamu terhadap manusia2 politik....saranan elak diri dari taksub pada manusia apatah lagi manusia2 politik demokrasi ni spatotnya x perlu buat kamu rasa marah..lain la kalo aku suruh kamu taksub kat manusia kan..?kalo x nak x mengapa..

    ReplyDelete
  2. Cover line si mamat ks ni...muak aku tgk muka pengkhianat

    ReplyDelete
  3. PAS ter nyata parti Bacul.

    Jika PAS ingin menunjuk sebagai satu Parti Jantan , ia nya patut berani menegak kebenaran walau pun dalam perkara kechik sebegini - MB Khalid Ibrahim tak ikut arahan Parti ; Fired !!!

    Ini PAS main politik benggap sorong & tarik tali , macam Pondan.

    Mana ada Rakyat yang waras ingin Pemimpin Bacul seperti dalam PAS yang cuba menegak Kontol Yang Lembik...

    Hanya ahli ahli PAS yang gagal secara individual saja akan mengikut ke pimpinan lemah , lebih gagal lagi yang ter ikut ikut amanat toye gaya Ayah Pin.

    Apa apa pun rata rata ini semua anak anak Melayu yang hilang pedoman sampai merempit...sedih juga , akibat terabai dalam pendidikan dan di tipu dengan amanat amanat memperkaya kan pemimpin.

    Perlu ada amanat seperti amanat "Finger Likin Good" yang dapat menjana ekonomi.. Mengapa kah pemimpin PAS gagal memikirkan hal sebesar dan sepenting ini ?

    ReplyDelete
  4. kalau hantar satu nama dan Sultan menolaknya bagaimana? nak tunggu sebulan lagi baru dpt mengadap Baginda atau nak buat tunjuk perasaan depan Istana? kalau hantar 2 atau 3 nama kan bagus bukan Adun dr parti PAS dan DAP pun dari PKR sendiri.
    Buanglah sifat sombong, angkuh dan kepentingan diri tu demi kebaikan rakyat Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kena ikut perlembagaan. Tuanku juga kena ikut perlembagaan. Senang. Perlembagaan tak sebut kena hantar banyak nama. Itu permintaan baginda di luar perlembagaan. Kita kena tengok juga keadaan politik semasa dan amalan kebisaan sultan negeri-negeri lain dalam hal ini. Nanti dalam keadaan politik yg kacau, perlembagaan perlu dipatuhi dulu. Ingat sultan kita hanya sultan berpelembagaan bukan mutlak.

      Delete
  5. Kita PAS tidak saperti pkr dan dap.ikatan parti mereka kukuh.adun dan mp mereka cukup setia dgn parti.perbaiki dulu ikatan persaudaraan sesama PAS.rumahtangga pkr yg sedia kukuh tidak perlu kita kecohkan.jika pada mereka wan azizah layak jadi mb,biarkan.utk aper kita menyebuk.langkah konsensus nasional tidak salah tapi ber ug salah.konsensus nasional adalah langkah bijak keharmonian negara.ug tidak.konsensus negara tidak sama dgn ug.jadi PAS perlu perbaiki diri yg sedia lemah.contohi pkr dan dap yg mantop.apa rugi nya PAS jika bermb kan wan azizah.jgn kotorkan parti dgn politik murahan.dan perlu di ingatkan....jgn sebok hal orang supaya orang tidak akan sebok dgn hal kita.jgn pemurah sangat bila menjelang pru,kerana bila pinjamkan kerusi,ia nya akan menjadi hak mereka.berkonsensus jgn sampai kita yg rugi. Kita pernah berseorangan dan kita pernah bergelumang dgn kekalahan.tapi apakah perlu kita telan lg kekalahan demi kekalahan.aku adakah ahli PAS yg ada maruah yg tidak akan mencampuri urusan rumahtangga pkr.usah untuk komen,utk sebut satu abjad demi komen pkr pun aku tak hingin.itu prinsip aku dan aku harap pemimpin aku pun begitu.harap pemimpin PAS dari bawah,pertengahan dan atasan tidak lagi gila komen dan mikrofon.tolong tarik hand brake.

    ReplyDelete
  6. Alasan yg tak menasabah.......lebai lebai kampong percaya habis....wala'. Namun hakikat yg sebenar rantai BN MASIH KUAT Di lehir Pas sejak tahun 72. Ini adalah Pas sendiri lahir dr biro agama hamno.........cukup lah bang lebai lebai hooi jangan guna agama utk berselindong .........

    ReplyDelete
  7. Kena apa PAS kena sokong PKR ikut je cakap aljuburi. Apa pulak nak takut PKR kerusi PAS lebih dari PKR. Pas ada 15 kerusi tolak je Wan Azizah ganti dengan MB dari PAS. Pendulikan Aljuburi offer TSKI masuk PAS dan biar TSKI terus jadi MB. TSKI jadi asset PAS pedulikan apa jua agreement kalau jadi kat PKR pasti PKR tak pedulikan rakan dalam pakatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai UMNO masih tak puashati. Dia akan puashati bila pakatan hamcur dan PAS juga hancur. Orang mcm ni puak PAS nak buat kawan. Tak reti aku perangai PAS.

      Delete
  8. Pelik tengok sikap orang melayu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa