Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 24, 2014

Aku Setuju Benar: “Hanya melalui teladan kita sebagai pemimpin akan orang menilai kita”

Nampaknya budak ni seorang jer yang cerdik dan terbuka di dalam kabinet Najib
Kalau dulu ada juga Saifuddin Abdullah tapi sayang dia kalah di PRU13
Yang lain hanya yang ada sudah pun berotak kering/drained out
Yang aku nampak Khairy menyindir ramai pemimpin!

Khairy tak setuju paksa penjawat awam sokong BN
mk - 6:00PM - 24 Aug 2014

Tidak adil membekukan laluan kerjaya penjawat awam yang tidak menyokong “parti kita”, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Menteri belia dan sukan itu juga berkata, prinsip berkecuali penjawat awam mesti dihormati kerana tugas mereka berbeza dengan pegangan politik yang dipercayai.

“Saya tidak paksa sesiapa sokong parti saya. Sudah pasti saya mahu mereka sokong parti saya, tetapi lebih baik mereka sokong secara sukarela.

“Apa guna kita paksa mereka bersorak dan mengangkat banner(kain rentang) sokongan kalau itu cuma satu lakonan?” katanya.

Beliau menulis demikian dalam 
Facebook bagi menjelaskan sebuah laporan yang menurutnya boleh menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan menuduhnya mempromosi musuh musuh dalam selimut.

Laporan Astro Awani itu memetiknya sebagai berkata, beliau tiada masalah mengambil penyokong Pakatan Rakyat bekerja dengannya jika terbukti individu itu berkebolehan tinggi.

Bagaimanapun, katanya pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia (MSLS) kelapan di Kuala Lumpur, satu-satunya perkara dirisaukan berkaitan isu maklumat sulit.

Dinilai melalui teladan

Sementara itu, Khairy di Facebook turut menjelaskan, hubungan mesra dengan profesional yang memberi kerjasama baik dan menyokong dasar kerajaan semasa serta tidak membawa unsur politik dalam tugasan perlu dikekalkan.

“Mungkin ada yang berfikiran konservatif yang tidak boleh terima pandangan saya ini. Bagi mereka, apa yang penting adalah kesetiaan total.

“Saya rasa pandangan sedemikian agak kuno pada zaman sekarang,” katanya.

Menurut Khairy lagi, tindakan hanya boleh diambil terhadap pembocor maklumat kerajaan dan membawa pegangan politik ke pejabat.

“Tetapi bagi mereka yang profesional dan hanya mahu buat kerja berkhidmat untuk negara, janganlah kita ada sangkaan yang buruk pada mereka atau cepat label mereka,” katanya.

Beliau juga menjelaskan “hanya melalui teladan kita sebagai pemimpin akan orang menilai kita”.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa