Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 24, 2014

Pulih Atau Makin Berkecamuk?

Bibit pertama perebutan kerusi
Bibit kedua soal pemilihan calon
Bibit ketiga akan keluar kata-kata yang tidak sepatutnya nanti di kalangan pemimpin mereka (PAS dan PKR)
Seikhasnya adakah PAS tidak yakin kepada PKR atau nafsu (tamak)?
Adakah akan jadi seperti Bukit Besi atau Kota Damansara?

Pada aku BN akan menang di sini tak kira siapa yang bertanding
Pada aku rakyat dah muak dengan mainan politik 'cakap tak serupa bikin'

PRK Pgkl Kubor medan pulih imej Pakatan
mk - 12:33PM - 24 Aug 2014

Pemuda PAS Perak mengakui imej Pakatan Rakyat "sedikit tercalar" ekoran kegagalan menguruskan krisis menteri besar Selangor yang masih belum selesai keseluruhannya.

Pengarah Pilihanrayanya Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata Pakatan perlu menjadikan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor sebagai medan memulihkan imej dan meyakinkan semula pengundi untuk terus bersama gabungan itu.
"Pengkalan Kubor juga seharusnya menjadi gambaran kepada rakyat bahawasanya kerjasama Pakatan Rakyat sangat utuh dan akan terus dikekalkan bagi menghadapi seteru utama iaitu BN dan segala konflik yang timbul akan diselesaikan secara musyawarah.

"PKR juga boleh mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan parti itu kukuh dan sudah pulih daripada konflik serta tidak mempunyai perpecahan seperti yang digambarkan oleh pihak-pihak tertentu," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Fakhrulrazi berkata pilihan raya kecil itu sebagai pentas Pakatan menilai kembali prestasi dan mood rakyat ekoran konflik itu sekaligus memperkukuhkan gabungan demi merampas semula kerusi yang dimenangi BN.

Beliau turut berkata pihaknya akan mengarahkan seluruh jentera Pemuda PAS negeri itu membuat persediaan dari pelbagai aspek di samping menunggu arahan pucuk pimpinan PAS untuk membantu PKR dalam pilihan raya kecil itu.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari pula menuntut PKR memberi laluan kepada parti itu bertanding mewakili Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya kecil itu.

Katanya, tuntutan itu dibuat berdasarkan tinjauan di akar umbi yang jelas mahukan calon PAS bertanding selepas dua kali pilihan raya umum ia diserahkan kepada PKR.

"Isyarat penolakan tersebut lebih jelas apabila undi yang diperolehi oleh calon PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar di peringkat parlimen melebihi dari undi yang diperolehi oleh calon Umno di DUN tersebut namun PKR tetap gagal untuk menawan DUN berkenaan.

"Senario begini hakikatnya berlaku di hampir kesemua lokasi yang ditandingi oleh PKR di seluruh negeri Kelantan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau bagaimanapun tetap menghormati PKR dan DAP dan pada masa yang sama menegaskan PKR tidak boleh mengetepikan fakta dan hakikat yang berlaku.

"Jika Pakatan Rakyat serius untuk menawan kerusi DUN tersebut, tidak ada cara lain melainkan memberikan laluan kepada PAS untuk mengemukakan calon. Dengan demikian, peluang untuk menang lebih cerah," katanya.

4 comments:

  1. jangan lupa apa kisah terengganu dibawah parti islam ? ABU !

    ReplyDelete
  2. pkr tarik dirilah. berilah kerusi tu pada pas. jangan campur lagi dipantai timur. tumpukan dipantai barat dinegeri2 yang celik IT.

    ReplyDelete
  3. Kalau lah PAS masok pengkalan kubor , PAS akan kantoi kerana rakyat akan memilih kambing dari keldai.

    Antara dua ter bahalol , rakyat mahu pemimpin yang kurang sikit bahalol nya.

    Rakyat Pengkalan Kubor bahalol ke ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa