Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 26, 2014

Sekarang Bolehlah Masing-Masing Pasang Angan-Angan!

Aku rasa selepas ini pun kalau sekiranya tanpa perintah Sultan untuk menyokong mana-mana calon yang Baginda pilih akan berlaku juga tarik tali dan 'cah keting' di kalangan parti dalam PR
Kerana kuasa Konsensus Gabungan PR sudah tidak terpakai lagi rasanya

PAS, PKR dan DAP harus akur titah Sultan
Published: 26 August 2014 - TMI

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bercakap pada sidang akhbar di Bangunan SUK, Shah Alam, hari ini. Pada sidang akhbar itu, beliau turut membacakan kenyataan rasmi Sultan Selangor berhubung calon menteri besar yang baru. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Ogos, 2014. 
Kemelut politik di Selangor yang memasuki fasa baharu hari ini memperlihatkan PKR, PAS dan DAP diberi peluang yang adil bagi mencalonkan lebih daripada dua nama untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai menteri besar yang baharu.
Perkembangan ini menurut beberapa penganalisis politik adalah satu keputusan bijak yang mampu meredakan ketegangan politik yang berlaku di Selangor pada ketika ini.

Mereka berpandangan bahawa ini adalah ujian 'getir' kepada parti pakatan untuk mencari persefahaman, toleransi dan permuafakatan apabila setiap parti "diwajibkan" mencalonkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing sebagai calon menteri besar.

Akur titah Sultan

Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahukan setiap parti mencadangkan lebih daripada dua nama itu hendaklah dipatuhi.
"Kita kena faham Sultan ada kuasa mutlak dalam memilih menteri besar dan sepatutnya daripada dahulu lagi Pakatan Rakyat (PR) memberi lebih daripada satu nama untuk memudahkan Sultan memberi perkenan.

"Jika PR ingin menyelesaikan krisis menteri besar ini dengan cepat dan tidak mahu memberi kesan yang buruk kepada rakyat Selangor, mereka perlu segera mengemukakan nama Adun mereka untuk dipilih sebagai menteri besar," katanya.

Beliau berkata PKR seharusnya tidak memuktamadkan dan hanya menetapkan nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor.
"Sekiranya PKR masih berdegil dan hanya mahukan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal parti itu untuk dipilih sebagai menteri besar, ini menunjukkan bahawa mereka hanya nak krisis ini berlanjutan tanpa noktah penamat," katanya.

PAS perlu kemukakan calon

Berdasarkan konsensus bersama gabungan pakatan sebelum ini, kerusi menteri besar Selangor diberikan kepada PKR manakala Kelantan ditadbir PAS dan Pulau Pinang oleh DAP.

Persoalannya, sanggupkah PAS mencalonkan nama Adun mereka sebagai menteri besar dan sekali gus membelakangkan konsensus gabungan parti PKR-DAP-PAS?

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berpendapat bahawa PAS wajib akur titah Sultan yang mahukan setiap parti berkenaan mengemukakan calon mereka sebagai menteri besar.

"PAS sepatutnya tidak tunduk kepada tekanan PKR atau DAP. Ini soal menjunjung titah Tuanku Sultan dan oleh itu mahu tidak mahu mereka perlu mengemukakan nama Adun mereka kepada Tuanku Sultan.

"Jika tidak, mereka boleh dianggap derhaka. Tuanku Sultan bertindak begini pada pandangan saya sebab PR tidak bersatu di mana PAS dalam kenyataan terbaharu menerima sesiapa sahaja yang diperkenan Sultan Selangor sebagai menteri besar, manakala PKR pula hanya mahukan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar. Ini yang menimbulkan kecelaruan," katanya.

Pelantikan seorang menteri besar di Selangor terletak di bawah kuasa Sultan sebagaimana termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Menurut Perkara 55 (2) (a) undang-undang itu, dinyatakan baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang menteri besar. – Bernama, 26 Ogos, 2014.

10 comments:

  1. Tuan admin..
    Ternyata lah artikel anda selama ini yg byk membelasah PAS adalah salah dan tersasar..beberapa kali kali aku nyatakan bhw takkan lah kamu tdk faham apa tandanya jika sultan masih tdk mahu membenarkan azizah mengadap? dan apa maknanya ADUN2 Pas tdk bg SD kpd azizah kecuali 2 ADUN yg ingkar itu? apa maknanya situasi2 itu? tak kan lah kamu tdk boleh membacanya? dan Hadi Awang/PAS sdh hint bhw sultan tdk perkenan azizah jd MB..awak tdk boleh duga atau baca ker? namun masih menghasut pembaca marah PAS..
    Sekarang ternyata PAS benar..

    ReplyDelete
  2. kalau Adun PAS jgn dok pasang angan-anganlah nak jadi MB, jgn harap PKR dan DAP akan menyokongnya.
    Ahli2 PAS tak malu ke mempunyai seorang Presiden dan SU (kononnya nak mendaulatkan Islam di Malaysia) sebegini teruk. Pas mempunyai seorang Presiden yg paling teruk dalam sejarah.

    ReplyDelete
  3. Sdr. Anon 10:58 PM

    Kalau sesiapa yang merasakan articles saya di sini menghasut adalah hanya pada yang tidak berfikir di luar kotak dan punya persepsi yang senget.

    Semua n3 saya, saya sertakan dengan link yang berfakta dan daya perhatian saya dengan pengalaman belit orang politik. Berdasarkan sejarah dan rentetan peristiwa serta ungkapan yang pernah diucapkan oleh mana-aman politikus yang terlibat

    Dalam politik tak kiralah dianya bercoat ker, berserban ker, berjubah ker atau berkepala gondol ker kita mesti faham bila kita terjun dalam politik anjuran Yahudi ini, iannya penuh dengan putar belit dan kelicikan. Politik adalah seni, politik adalah helah. Tujuan politik adalah kuasa!

    Bila sebut kuasa....anda faham-fahamlah

    ReplyDelete
  4. Eloklah bagi pada PKR perintah pulak. Bg pada UMNO pun dah jadi 50 thn jd ejen amerika. Bendera mlysia adalah bukti nyata yg berasaskan bendera amerika. Sekarang ni wakil kuat yahudi dgn menjemput APCO menentukan hala tuju UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikalang pkr sulah pelintah selangor....jawatan mb sudah pkr pegang .....kenapa kecoh2....kalu mcm ni....boleh ke rakyat nak pilih lagi..pru 14 nanti ?

      Delete
  5. Sekarang hanya di selangor parti pimpinanan bahalol dapat jadi MB rakyat rakyat bijak.

    Sedih lsh lihat sekim pembahalolan bangsa oleh Lord Reid ber jaya membenggap melayu sehingga bukah melayu dapat ketawa ter kentut kentut.

    Darul Kentut ???

    ReplyDelete
  6. Anon 10.58pm,

    PAS taknak sokong WAWI dan serah kebijaksanaan sultan utk pilih MB.

    ooo.. maklumlah, bayangan Allah di mukabumi, takkan pak lebai nak engkar, ye tak?

    ReplyDelete
  7. admin cuba berdalih lagi.sebelum nie bukan main lagi admin menghentam PAS dan TSKI.walaupun TKSI lebih bijak berpolitik serta berhemah.sila rujuk komentar admin sebelum ini.admin sebelum ini gagal memahami politik.komentar hanya sesedap rasa demi wan azizah dan anwar.jelas kini kematangan politik TSKI dan terpancar betapa walau dicerca,TSKI masih mahu menjaga politik PR di Selangor.udah ler tuan admin,usah berlidah 2.jika setakat tiada jatidiri saperti amenoworld yg berani menyatakan pendirian nya.admin nie tak ubah saperti lalang yg tiada pendiri serta jati diri.cukup cukup ler admin.ngaku ajer ler kenaifan tuan memahami yg mana jujur berpolitik.

    ReplyDelete
  8. lahanat nya khalid ibrahim sehingga rakyat selangor jutaan ter perangkap dan membeban kan.

    apa kah bijak bak manusia , atau bijak bukan manusia khalid saja yang tahu.

    apa pun orang melayu juga yang rugi.

    eh!!!!! firaoun hidup lagi ke ?

    ReplyDelete
  9. kitun said
    12: 03 AM

    Itulah yang aku maksudkan kpd admin ini..namun dia masih belit2 dan buat2 tdk faham apa yg dia tulis..Admin jelas menghentam Khalid dan sgt kuat menyokong Anwar/azizah walau pun admin sendiri sedar bhw semua ini terjadi akibat sikaptamak dan rakus pemimpin2 PKR sendiri demi utk membolot kepentingan di selangor sbg dana utk PRU14 yg krn politik itu tipu daya, maka yg tertipu adalah rakyat...jelas..permainan kotor dlm PKR atas nama keadilan dan ketelusan..jelaslah kini bhw anwar lah perosak semuanya...Tuan admin ken lbh terbuka jgn berkiblat manusia rakus Anwar..cybertroop mcm admin memang diperlukan PKR di saat sukar begini..tp rakyat bukan bodoh utk menilai, yg bodoh saja masuk longkang

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa