Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 23, 2014

Hamas Bertindak Balas Terhadap Pengkhianat

Hamas bunuh 18 tali barut Israel
Agensi |Kemas kini:Ogos 22, 2014
(Diterbitkan pada: Ogos 22, 2014 19:46 MYT)

Hamas bunuh 18 tali barut Israel
Hukuman itu dijalankan selepas solat Jumaat. - Foto AFP/Roberto Schmidt
BANDAR GAZA: Hamas dilaporkan membunuh 18 orang penduduk Gaza yang disyaki bersubahat dengan Israel dalam serangan tentera rejim Yahudi sepanjang enam minggu lalu ke atas wilayah yang dikepung itu.

Menurut saksi, 11 daripada mereka ditembak mati di sebuah bekas bangunan balai polis manakala tujuh lagi ditembak di tengah khalayak ramai dalam keadaan kepala ditutup dengan kain dan tangan terikat.

Hukuman itu dijalankan selepas solat Jumaat, lapor sebuah laman web yang pro kepada Hamas.


Sehari sebelum itu, hukuman sama dijatuhkan ke atas tiga warga Palestin yang juga disyaki bersubahat dengan Israel.

Tindakan ini menyusul operasi tentera Israel yang membunuh tiga komander Hamas termasuk dua orang yang terlibat dalam penculikan Gilad Shalit pada 2006 serta cubaan membunuh komander Briged Al-Qassam, Mohammad Deif. Mohammad terselamat daripada serangan itu tetapi isteri dan anaknya maut. -- Agensi

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa