Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 18, 2015

Ada apa-apa ke Cik Gu telah dapat?

Adakah anda alat Umno? Husam tanya Mustafa
 | HAZRI A

ADUN PAS Salor Datuk Husam Musa hari ini memulangkan paku buah keras kepada Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali yang mendakwa beliau menjadi alat DAP kerana membangkitkan soal pertemuan PAS-Umno pada 2008.
"Adakah Cik Gu (Mustafa) kini sedang menjadi alat Umno sekali lagi? Ada apa-apa ke Cik Gu telah dapat ?
"Sanggupkah Cik Gu menanggung akibat tidak berterus terang dengan ahli selama ini? Alat siapa Cik Gu?" soal Husam kepada Mustafa yang lebih mesra dengan panggilan Cik Gu Pa di kalangan orang PAS.
Husam berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini, sebagai menjawab cabaran debat oleh Mustafa berhubung dakwaan pertemuan PAS-Umno di Selangor dua hari selepas Pilihan Raya Umum 2008 lalu.
Mengulas perkara itu, bekas Naib Presiden PAS itu bersetuju untuk berdebat dengan sesiapa sahaja termasuk Mustafa yang disifatkan sebagai guru politik beliau.
"Berpeluang berdebat dengan guru politik sehebat beliau tentunya satu penghormatan pada saya.
"Beliau boleh menentukan tarikh dan tajuk debat terbuka itu. Seumpama : Saya Tanya Anda Jawab," katanya.
Bagaimanapun kata Husam, dengan pelbagai bukti terbaru yang lebih besar, termasuk kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din bahawa tidak mustahil PAS-Umno berkerjasama, isu pertemuan tujuh tahun lalu itu tidak lagi mustahak untuk dibincang.
"Cadangan Mustafa untuk turut memanggil (Ahli Parlimen Shah Alam) Khalid Samad dengan sendirinya membenarkan dakwaan saya adanya pertemuan itu, bukan menafikannya," katanya.

2 comments:

  1. Sendiri yg masuk bertanding sendiri yg angkat diri jadi juara.geng pancai pun tepuk tgn yeh hudam menang tghh n geng pas penipu.jom masuk parti kuali n sokong dap ramai ramai.ingat politik semudah itu ke.sebagaimana yg kita tahu politik ini dgn putar belitnya selama itu org tak akan percaya dgn begitu mudah.tak perlulah mengusut kan lg keadaan.jdlah org yg menghuraikan kekusutan.

    ReplyDelete
  2. Ada MASYOOKKKKKKKKKKKK.....

    PAS mana ada duit

    Nak bayar duit sekolah anak masok universiti pon tak cukup

    UMNO ada Bilyon Bilyon

    Ada MASYOOKKKKKKKKKKKK kah?????

    Jawab saja kalau "Berani Kerana Benar"

    Senang aja kan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa