Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 18, 2015

Bernafsu besar buatkan aku tergelak!

Pas yakin ganti UMNO pada PRU14

 | November 18, 2015
Kerjasama Pas dengan DAP dalam Pakatan Rakyat telah menakutkan orang Melayu mengundi mereka dan terpaksa memilih UMNO.
Khairuddin,pas-umno
PETALING JAYA: Pas yakin pengundi Melayu akan memberi sokongan kepada parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi menggantikan UMNO.
Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri apabila parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan dan memilih untuk bergerak secara bersendirian menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, DAP dan PKR telah berjaya menarik sokongan pengundi Cina, maka Pas perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan undi Melayu dengan slogan ‘Pas ganti UMNO’.
“Dengan Pas bergerak sendirian, orang Melayu Islam boleh beralih kepada Pas. Begitu juga Cina dan India yang tidak bersetuju dengan pendekatan DAP boleh beralih undi kepada Pas.
“Sepanjang Pas berada dalam Pakatan Rakyat tindakan DAP tidak membantu Pas untuk mendapatkan undi Melayu. Isu-isu agama yang dibangkitkan akan menjadikan Melayu terpaksa bernaung di bawah UMNO walaupun mereka tidak bersetuju dengan pelbagai penyelewengan yang dilakukan BN,” katanya kepada FMT.
PKR sebelum ini menggesa pakatan pembangkang supaya berhenti membuat provokasi sesama sendiri kerana itu menyukarkan pembangkang untuk menentang BN dalam PRU akan datang sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru atau lebih.

7 comments:

  1. Rasa nak gelak berguling-guling pula baca statement Dr.Attakiri ni. Patutlah tuduh DAP macam-macam. Tapi aku " SALUTE " jg dengan VISI PAS utk nak mendapatkan pengundi Melayu. Tapi masalahnya yang PAS dok asyik AHEM....AHEM dengan UMNO tu BAKPE.....Kata nak mengalahkan UMNO.

    ReplyDelete
  2. Dr Cap apa ni?.. besar benar cita-cita nak tarik org UMNO.. takde pengiraan ke ramai mana orang PAS lari kerana tidak setuju dengan dasar caca marba PAS?.. fatwa haram UMNO.. haram kafir.. haram DAP.. halal BN pulak.. maka halallah MCA dan MIC.. Presiden kata kita bukan mengejar kemenangan dalam pilihanraya semata2.. buat apa PAS nak fikir untuk menang.. fikir untuk selamatkan parti pun tak menang tangan dah sekarang ni..

    ReplyDelete
  3. mimpi disiang hari,biarlah kita tgk je sambil mkn popcorn

    ReplyDelete
  4. Dtg parlimen dulu la lebai..lepas tu baru citer rakyat bagi sokongan ke x..buat keje dulu...asyik nk membohong je keje dia ni..islam ke kapir ke,dtg parlimen dulu jalan kn tanggungjawab..

    ReplyDelete
  5. Cakap-cakap yg sedarjat dengan taik kucing.

    ReplyDelete
  6. Kesah aku

    1. Klau tgk wayang, mkn popcorn
    2. Klau tgk TV citer Mlayu, mkn biskut merry
    3. Klau tgkn pemimpin PAS brckp, rasa nk bg mkn penerajang

    Bole Jln laaaaa

    ReplyDelete
  7. Ni betul le maharaja lawak.. Lawak minggu ni.. Pas mimpi nak menang... Aku sefamily seramai dua puluh pengundi yg dulu ngundi pas.. Skrg xbagi undi.. Nasib dap xda kat kelantan ...Rela undi dap yg berprinsip yg membela rakyat dr undi pas yg dok bela amno.. Ni pas selepas TGNA... Cacamarba lebih teruk dr bubur caca... Pemimpin pas yg terdiri pengajian agama ni memang lawak .. Pandai agama tetapi politik zero...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa