Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 12, 2015

Adakah mereka berpijak pada realiti atau bernafsu besar?

'Bukan mudah untuk Amanah ambil alih Kelantan' - Penganalisis
'Bukan mudah untuk Amanah ambil alih Kelantan' - Penganalisis
Penganalisis berpandangan, perbezaan perjuangan politik antara PAS dan Amanah selain sekadar hanya berada di dalam Pakatan Harapan tidak bermakna Amanah mampu untuk menarik pengundi PAS di Kelantan. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Bukan mudah untuk Parti Amanah Negara (Amanah) mengambil alih pentadbiran PAS di negeri Kelantan dalam sekelip mata, kata penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Mayda Dr Sivamurugan Pandian.

Malah, katanya perbezaan perjuangan politik antara PAS dan Amanah selain sekadar hanya berada di dalam Pakatan Harapan, tidak bermakna Amanah mampu untuk menarik pengundi PAS di Kelantan.


"Hanya mempunyai matlamat yang berbeza tidak mencukupi dan juga sekadar berada di dalam Pakatan Harapan juga tidak menjamin kemenangan kepada Amanah kerana mereka juga harus melakukan penstrukturan parti.


"Amanah harus mempunyai guna tenaga, harus mempunyai kekuatan dari segi dana dan semuanya harus berjalan dengan licin dan lancar dan bukan semata-mata untuk menundukkan PAS kerana Amanah harus mempunyai matlamat perjuangan yang sedikit unik jika mahu mengancam kekuatan PAS," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.


Beliau pada masa sama mencadangkan supaya Amanah menilai semula kekuatan, kelemahan, ancaman dan juga peluang yang ada untuk memberi persaingan yang sengit kepada PAS.


"Bukan mudah untuk membentuk kerajaan baharu di Kelantan. Bukan mudah untuk dilakukan dalam sekelip mata.


"Sebagai sebuah parti baru dengan PAS yang sudah begitu lama mempunyai pentadbiran yang khusus berdasarkan matlamat perjuangan matlamat negara Islam mereka, itu menjadi cabaran utama kepada Amanah," katanya.


Semalam, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata partinya bersedia untuk mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada  PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

Tindakan itu perlu bagi memelihara legasi Kerajaan Islam yang dibina bekas Mursyidul Am Pas Allayarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

4 comments:

  1. Boleh ke pakai pandangan Keling Paria kaki pengampu tersohor spesis kangkung ni....kerana kuat menggilap bontot kerajaan BN, kepala beliau tambah berkilat.

    ReplyDelete
  2. Tak mustahil pun PAN nak amik alih kelate..

    ReplyDelete
  3. Anon 1:27 PM

    Apa yang saya nampak Kelantan akan jatuh ke tangan BN pada PRU14 nanti kerana tak ada sebuah parti pun yang dah establish yang boleh rakyat harapkan. Tengok Kelantan dan masalah yang timbul bila rakyat letakkan kepercayaan terhadap serban dan kopiah. Hutang orang pun tak bayar!

    ReplyDelete
  4. Dunia ini penuh dengan segala kemungkinan. Tiada yang mustahil. Sesiapa boleh jadi pemerintah Kelantan dan juga Malaysia, Yang kuat tidak kekal kuat dan yang lemah juga tidak kekal lemah. Siapa sangka Saddam Hussein yang ada 6 agensi keselamatan telah hancur lebur. Siapa sangka DN Aidit kecundang, siapa sangka Van Giap mengalahkan tentera dibawah panglima perang Amerika yang tak habis-habis berkursus!!. Siapa sangka kuasa UmNo makin mengecil. Siapa sangka Brunei Darulsalam bertambah maju walaupun satu ketika dulu Kerajaan Perikatan cuba memulas tangan Sultan Brunei. Ya, siapa sangka. Semua ini kuasa Allah s.w.t. Semoga yang terbaik untuk rakyat dan negara menjadi pemerintah dan semoga yang jahat dan khianat mendapat balasan setimpal seperti Shah Iran dan Gadaffi!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa