Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 12, 2015

Di masa ini, bagaimana Anak Keruak pastikan Rakyat masih mahukan Najib?

Dengan referendum? Tak pernah pun berlaku!
Ko nak jaja air liur basi kat sape? Ko ingat rakyat semenanjung sama kelas dengan penduduk pendalaman Sabah dan Sarawak?
Maaf aku bukan menghina tapi itulah realitinya
Dalam PRU13 pun BN menang pada bilangan kerusi tetapi kalah undi popular
Itu pun kerusi-kerusi yang datang dari Sabah dan Sarawak

Maknanya cakap kosong dua kali lima ngan Mahathir juga
Inilah jadinya bila Wak Long dilantik jadi menteri.......

Bagaimana jika rakyat mahu Najib kekal sebagai PM?
mk

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengambil kira hakikat bahawa rakyat mahu menyimpan Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai perdana menteri.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir awal hari ini bahawa dirinya hanya mahu menyingkirkan Najib tetapi membiarkan rakyat untuk menentukan perkara lain, termasuk sistem yang mereka mahu.
"Oleh kerana Dr Mahathir mahu rakyat untuk menentukan masa depan sendiri, bagaimana jika mereka memutuskan masih mahu Najib sebagai perdana menteri?
"Bersediakah Mahathir untuk bersetuju?
"Walaupun beliau sedia membenarkan rakyat membuat keputusan berhubung sistem yang mereka mahu, Mahathir mahu menentukan siapa yang patut menjadi perdana menteri dan tidak membenarkan rakyat untuk membuat keputusan itu," kata Salleh dalam blognya hari ini.
Menurut Salleh, Mahathir mempunyai 22 tahun sebagai perdana menteri untuk memutuskan apa jenis sistem beliau mahu tetapi tidak berbuat demikian.
Beliau juga membidas cadangan Mahathir supaya sebuah majlis yang dianggotai orang yang lebih berumur bagi membimbing perdana menteri dalam menerajui kerajaan ditubuhkan.
"Selepas lebih tujuh tahun, beliau mahu melaksanakannya walaupun sistem itu tidak terdapat dalam perlembagaan mahupun sistem Westminster pentadbiran kerajaan," katanya.
Awal hari ini, Mahathir membidas kenyatan Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan yang menggesa masyarakat sivil untuk bekerja dengan Mahathir jika beliau benar-benar mahu mengubah sistem dan menyingkirkan Umno.
Sebaliknya, Mahathir mengakui keutamaan beliau adalah untuk menukar Najib sebagai perdana menteri dan bukannya Umno, mahupun sistem kerajaan.

1 comment:

  1. Rakyat kepala hotak kau...rakyat tak mahu najib lah bodoh...kau pun skali ..rakyat tak nak tengok muka kau yg kaki rausah nie...sama mcm bos kau najib..BR1M...Bapak Rasuah 1 Malaysia

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa