Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 9, 2015

Amaran tahap "RED ALERT"?

Baca jerlaa untuk pengetahuan........sebab tak tahu kesahihannya. Hanya bersumberkan WhatsApp

Saya memberi amaran tahap "RED ALERT" kepada semua rakyat Malaysia.pekerja TNB dan mereka yang terlibat dalam industri bekalan ekektrik negara.

TNB bakal menerima nasib yang sama dengan MAS jika semua pihak termasuk Kesatuan Persatuan TNB terus membisu dalam isu ini.

Dalam kes MAS - kerajaan memansuhkan Akta MAS dan menggantikan dengan Akta MAS baru yg memberi laluan kepada entity baru (MAB) mengambilalih industri penerbangan negara. Kesannya iah 6000 pekerja dibuang kerja dan MAS dilindungi dari tindakan undang2 dan tidak boleh dipertanggungjawabkan keatas semua liability nya.

Kini modus operandi yang hampir sama digunakan kerana mahu memansuhkan Dasar Pegangan Had Maksimum Ekuiti Asing sedia ada iaitu 49% (Asing) & 51% (tempatan) dalam industri Bekalan Elektrik Negara dengan membenarkan Syarikat Asing menguasainya 100% !!!

Tindakan ini akan menyebabkan Syarikat Asing akan dibenarkan oleh Dasar dan Undang2 negara untuk menguasai sepenuhnya Industri Bekalan Elektrik lantas membunuh syarikat milik rakyat iaitu TNB! Hal ini akhirnya akan menyebabkan TNB bakal menerima nasib yang sama dengan MAS dan rakyat menanggung kesusahannya kerana pihak asing yg menguasai penjanaan tenaga ekektrik akan mempunyai kuasa untuk mempengaruhi & menentukan harga elektrik negara.

Bayangkan apabila syarikat asing sudah menguasai industri ini - Apakah bakal berlaku kepada semua pihak yg ada kepentingan dengan TNB termasuk rakyat,pekerja,pesara,pembekal dan semua yg berkaitan. Apakah jaminan pekerjaan & segala faedah dalam perkhidmatan masih ujud? Kesah trajik pekerja MAS perlu menjadi tauladan semu pihak.

TNBJOU amat terkejut membaca kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTHHA), Datuk Seri Maximus Ongkili yang dilaporkan Utusan Malaysia bertarikh 5 November 2015 bahawa ada cadangan untuk membenarkan 1MDB melupuskan semua aset IPPnya kepada syarikat yang dimiliki 100% oleh negara asing.

Ini bertentangan dengar dasar kerajaan sedia ada bahawa had ekuiti maksimum pemilikan asing yang dibenarkan bagi aset-aset penjanaan elektrik di negara ini ialah 49% (bagi memastikan majority iaitu 51% masih dikawal syarikat tempatan).

Kenyataan Datuk Seri Maximus Ongkili itu mengiyakan desas desus bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup membatalkan peraturan had pemilikan asing itu demi membantu 1MDB mendapatkan harga bidaan yang lebih tinggi dari yang ditawarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

TNBJOU memuji pendirian dan tindakan berani Datuk Seri Maximus Ongkili yang secara terbuka menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan membuka sektor elektrik negara kepada syarikat yang 100% dimiliki pegangan asing.

Fikirkan bersama demi masa depan TNB dan generasinya.

(Ini BUKAN posting politik tetapi ianya posting tentang survival TNB & kita semua)

Kenyataan Rasmi
Mohd Roszeli Majid
Presiden
Tenaga Nasional Junior Officers Berhad
c&p : wa grp TNB Let Connets

2 comments:

  1. Dulu, semasa Mahathir mengarahkan (baca memaksa) TNB membeli 'semua' tenaga yang dijana oleh IPP pada kadar harga lebih tinggi dari harga jualan TNB, Tan Seri Ani Arof membantah lalu dia dipecat. Tan Seri Ani amat mahir tambahan pula dengan matematik mudah sahaja, bagaimana TNB boleh menjual 'semua' tenaga yang dibeli itu dan pada masa yang sama pada kadar harga yang lebih rendah pula? Sebab utamanya adalah semua IPP itu dimiliki oleh kroni! Kenaikan demi kenaikan tarif dari masa ke semasa, untuk menyelaraskan keseimbangan modal dan perbelanjaan, dan akhirnya rakyatlah yang terpaksa menanggung beban. Jika apa yang diberitakan oleh admin itu benar, maka rakyat akan ditambah lagi beban baru disamping beban sedia ada.

    ReplyDelete
  2. Makcik Felda ngan anjing2 UMNO tak kisah pun pasal dalam kebun Felda ada banyak biawak boleh buat lauk. Anjing2 UMNO dapat makan tulang pun dah cukup baik! Kah kah kah..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa