Seorang anggota parlimen DAP ingin mengetahui jumlah yang MCA terima daripada RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Adakah ia juga telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi pemimpin MCA atau ia telah masuk ke akaun rasmi parti MCA?
"Jika ia masuk ke akaun peribadi, akaun siapa yang telah menerima dana tersebut?" soal MP Segambut Lim Lip Eng dalam kenyataannya hari ini.
Bekas presiden MCA Datuk Seri Chua Coi Lek ditanya mengenai isu RM2.6 bilion minggu lepas.
Chua berkata seingat beliau, Najib dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN sebelum pilihan raya umum ke-13, membuat janji untuk menyalurkan dana kepada parti komponen dalam gabungan itu.
Sehubungan itu, Lim bertanya sama ada tindakan berdiam diri pemimpin MCA yang lain sebagai isyarat bahawa mengesahkan penerimaan dana itu daripada perdana menteri.
Beliau juga memberi tempoh 24 jam kepada pemimpin MCA untuk berterus terang tentang perkara tersebut.
"Jika tidak, saya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya akaun parti MCA atau akaun peribadi pemimpin-pemimpinnya disiasat
"Saya juga teringin mahu tahu ke mana perginya dana yang telah didermakan kepada MCA itu? soal Lim lagi.
Pada Julai, akhar Wall Street Journal dan Sarawak Report memetik kertas siasatan yang bocor yang mendakwa RM2.6 bilion telah didepositkan kepada dalam akaun peribadi Najib.
Laporan itu mendakwa bahawa AS$681 juta datang daripada Tanore Finance Corp sementara RM42juta datang daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
great submit, very informative. I ponder why the oppоѕite expегtѕ оf thiѕ
ReplyDeletesесtοг dο not սndегѕtand
tһіѕ. Yοս sһοuⅼԁ ρrօceеⅾ
үօᥙг ԝгіtіng.
ӏ am ѕure, үоս
Һаvе a hսǥᥱ гᥱɑԁeгѕ'
baѕе alгeaԀү!
Сһеcқ oᥙt mү
ѡeƄраɡе :: clothesencounters