Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 18, 2015

Dah terselak, terkangkang masih nak nafi?

Husam, Khalid diharap sedia terima saranan dialog dari Mustafa Ali
 | ARIF ATAN

Pemuda PAS Kelantan bersedia untuk menjadi penganjur dialog dan  pertemuan antara Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali dengan Datuk Husam Musa dan Khalid Samad bagi menjelaskan dakwaan usaha mahu menubuhkan kerajaan dengan Umno.  
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari hari ini berkata, ruang yang seluas-luasnya akan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mengikuti penjelasan mengenai dakwaan wujudnya pertemuan antara pemimpin PAS dan Umno selepas pilihan raya umum 2008.
Kesediaan Pemuda PAS negeri itu susulan daripada kenyataan Mustafa yang mengajak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk berdialog berhubung isu tersebut di Kota Bharu.
“Harapan kami agar dua individu yang dicadangkan oleh Datuk Mustafa itu bersedia untuk hadir apabila dijemput nanti. Semoga ia menjadi majlis yang bermanfaat dan menghilangkan keraguan yang ditimbulkan berhubung tohmahn kononnya PAS berhasrat bergabung dengan Umno,” jelas Fadhli hari ini.
Sementara itu, Mustafa dipetik sebagai berkata, Nasharudin Mat Isa tidak perlu terlibat dalam pertemuan berkenaan kerana telah lama tidak menduduki sebarang jawatan dalam PAS.
Husam sebelum ini mengaitkan Mustafa, Nasharudin dan Khalid sebagai pemimpin PAS yang sebelum ini pernah bertemu dengan pemimpin Umno dalam usaha menyatukan PAS dengan Umno.
Dalam perkembangan berkaitan, Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dilaporkan Utusan Malaysia hari ini berkata, PAS dan Umno mungkin bekerjasama atau sebaliknya bergantung kepada sejauhmana kebajikan dan kebaikan yang boleh diterima demi mencapai ketaqwaan kepada Allah.
Menurutnya, kerjasama secara khusus antara PAS dan Umno masih belum dimuktamadkan dan tidak menolak kemungkinan kebersamaan itu boleh berlaku kepada keadaan dan masa yang menentukannya.
Sementara itu, Presiden PAS semalam memberitahu parti itu sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk BN selagi tindakan tersebut dianggap menguntungkan PAS dan demi menegakkan Islam.

2 comments:

  1. pas pus pas
    parti walaauun
    paeti untuk org lama yg jumud
    parti sitara lawak dunia

    ReplyDelete
  2. Kerjasama yang boleh menegakkan Islam serta menguntungkan PAS? Kalau UMNO dah reject usul Hudud Hj Hadi kat Parlimen, adakah lagi kepentingan2 Islam yang UMNO dan PAS boleh bekerjasama? Bagaimana pula dengan kerjasama berkaitan kebajikan? Kes YaPEIM serta nasib penduduk2 Kelantan yang terpinggir akibat banjir membawa contoh yang buruk untuk UMNO dan PAS! Keadilan sejagat? Kezaliman serta penganaktirian yang dilakukan keatas kerajaan2 negeri yang dipimpin oleh pembangkang serta percukaian GST yang dipaksakan keatas rakyat terutamanya orang2 melayu menunjukkan bahawa itu adalah angan2 Mat Jenin. Amat jelas bahaw PAS tak bersungguh2 menentang GST! Ekonomi? Keadaan ekonomi Malaysia dan juga negeri Kelantan menunjukkan bahawa kedua2 UMNO dan PAS, tak dak upaya yang bercerita tentang ekonomi apatah lagi untuk menguruskannya! Pengutamaan sikap amanah, ketelusan serta kecekapan dalam pentadbiran? kedua2 UMNO dan PAS adalah contoh terburuk CAT! 1MDB, Balak adalah contoh bagaimana kedua2 UMNO dan PAS membelakangkan CAT!

    Jadi kerjasama apakah yang dimaksudkan oleh Tuang Murshidul am PAS ni? Rasa2nya yang tinggal hanya kerjasama politik atau yang lebih tepat kerjasama antara sesama bangsa (assobiyah) demi mengekalkan kuasa dikalangan bangsawan2 politik yang sedia ada (mengekalkan penindasan yang dilakukan keatas rakyat marhaen. Adalah lebih baik Tuang Murshidul Am cakap aje terus terang daripada berdolak dalik dan putar serban berkenaan kerjasama yang dimaksudkan! Tipu daya dan cubaan memperdayakan ahli dan rakyat seperti ini bukan cara seorang "ulamak" besor apatah lagi sorang yang mengaku Islam! "Sesungguhnya kamu merancang dan Allah juga merancang. Allah lah jua sebaik2 perancang, wahai Tuang Murshidul Am.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa