Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 18, 2015

Kalau ianya benar, memang mengejutkan.......

Pada persidangan DUN sebelum ini, ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah mendedahkan kawasan komersial lot PT3378 berkeluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja.

Katanya, Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu, Hussin Ismail.

Setelah BN mengambil alih tampuk pentadbiran Terengganu pada 2004, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).

Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (ADUN Pas Kuala Besut) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Mahyuddin Abd Rashid.

Alias memberitahu DUN, kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).

Alias mendedahkan lagi kepada DUN, Persatuan Khairunisa’ (milik isteri wakil rakyat Pas) membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok.

Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam.

Alias juga sekali lagi mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau, Dungun diluluskan kepada syarikat milik ADUN Pas Ladang, Dr.Sulaiman Abdullah seluas 50 hektar.

http://nalurirakyat.blogspot.my/2012/08/bn-beli-tanah-dengan-harga-tinggi.html

Zaman pemerintahan PAS, Koperasi Koinsaf yang dipengerusikan Bendahari PAS Kemaman, Roslin Abdul Rahman dan AJK koperasi itu termasuklah Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu, Hussin Ismail. 

Koinsaf diberi kawasan komersil lot PT3378 berkeluasan 11,516 meter persegi dengan bayaran premium RM340,000 sahaja. Setelah BN ambil alih Terengganu tahun 2004, Kerajaan Negeri terpaksa membeli semula hartanah itu untuk tujuan pembangunan dan Koninsaf memperolehi RM8.06 juta.

http://www.kulihatlangitbiru.com/2012/09/isu-tanah-semasa-zaman-pas.html

JIKA BENAR DAKWAAN INI,WANG YG SEBANYAK INI  HASIL PEMBAYARAN OLEH KERAJAAN UMNO TERENGGANU ADA DENGAN SIAPA?

3 comments:

  1. Abe

    HH kena jawab isu ini kerana dia adalah MB ketika itu. Kita juga pasti bahawa HH xakan menjawab. SOP HH ialah SUP beliau, Dr Samsuri Ahmad akan mengeluarkan. Kemudian, puppetmaster yang mengerakkan HH dalam tindakan politiknya, Stopa Ali akan muncul buat2 xtahu untuk cover HH.

    Anything new about cara HH dan geng beliau operate politik mengguna ugama untuk kepenyingan diri?

    ReplyDelete
  2. membangun bersama Islam
    membalun bersama ulama
    melingkup bersama pas

    dikelantang rembat balak.
    diterengganu rembat tanah.

    kayo den.

    lg2 mamat yg pelari anak gadis org!

    ReplyDelete
  3. Jangan tanya wang itu ada siapa. Yang pasti bab kelentong secara haram atau secara halal adalah jelas sekali sudah menjadi amalan umat Melayu tidak kira peguam, akauntan, akitek, guru sekolah Melayu, kerja tarik kereta, penjual belacan, lebai, ustaz, tuan sheikh, maulana, tuan guru, bilal, siak, noja, dan juga bini-bini anak pinak mereka!!! Tujuan sebenar berpolitik ialah untuk mendapat kesenangan hidup tanpa kira cara mendapatkan nya!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa