Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 21, 2015

Kah....kah......berderai-derai kokoknya!

Mustafa terkilan bila debat dengan Husam dihalang
 | BORHAN AHMAD

Walaupun sedikit terkilan dengan arahan Setiausaha Agong PAS berkait majlis bersemuka dengan Datuk Husam Musa, Datuk Mustafa Ali akur dengan arahan tersebut.
"Saya akui memang saya tidak memberitahu kapada mana-mana pimpinan PAS malah kapada sesiapa pun tentang hasrat untuk bersemuka dengan Datuk Husam.
"Saya tidak mewakili pimpinan PAS dan tidak juga mewakili Dewan Harian PAS.
"Saya mewakili diri saya sendiri sebagai seorang ahli PAS yang merasa terpanggil untuk berbuat sesuatu apabila melihat fitnah dan pendustaan dilemparkan sedemikian rupa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi Mustafa, oleh kerana beliau tahu malah terlibat dengan peristiwa yang menjadi rujukan tentang pertemuan antara pemimpin Umno dan PAS selepas beberapa hari selesai pilihanraya ke 12 tahun 2008, maka beliau berkewajiban untuk menjelaskannya dan meletakkannya dalam perspektif yang betul.
"Oleh itu, saya mohon Saudara Khalid Samad (bekas AJK PAS Pusat), jika beliau sanggup dan bersedia untuk membuat pencerahan tentang peristiwa ini.
"Ini kerana beliau salah seorang yang menyertai pertemuan tersebut tetapi bukan lagi ahli PAS pada masa ini, maka beliau tidak tertakluk dengan arahan SUA PAS.
"Mengenali saudara Khalid sekian lama, saya masih menaruh kepercayaan bahawa beliau masih mampu untuk berbuat demikian iaitu secara jujur," kata Mustafa.
Bagi beliau, perkara-perkara siapa yang minta untuk berjumpa, kenapa mereka  - Nasharuddin Mat Isa, Khalid dan beliau sanggup untuk berjumpa perlu dijelaskan.
Apa yang dibincangkan dalam pertemuan ini dan apakah natijah dari perbincangan tersebut,  kata Mustafa, boleh diterang oleh Khalid yang kini adalah pengarah komunkasi Parti Amanah Negara itu.
Mustafa mengulas tindakan PAS melalui setiausaha agung Datuk Takiyudin Hassan yang memberikan arahan sekatan (gag order) menghalang debat beliau dengan Husam.   Husam sebelum ini berkata, melarang perdebatan beliau dan bekas SUA PAS yang dibuat dua atau tiga jam selepas persetujuan oleh Mustafa, seakan menunjukkan ada sesuatu yang hendak dilindungi dari terbongkar.
Ia juga membayangkan tiadanya penyelarasan keputusan di kalangan pimpinan tertinggi PAS.
"Bukankah Datuk Mustafa adalah juga anggota Dewan Harian?
"Adakah keputusan Datuk Mustafa tidak dirujuk lebih dahulu kepada pimpinan parti?
"Atau persetujuan Datuk Mustafa hanya satu sandiwara semata-mata?" kata Husam mempertikaikan gag order itu.
Bagi beliau, arahan itu akan menyebabkan Mustafa tidak akan dikata orang segan dan enggan berdepan menafikan dakwaan beliau.
"Atau PAS tidak ada keyakinan dan kepercayaan kepada kebolehan Datuk Mustafa?"soal Husam.
Bagi beliau, cara ini memburukkan imej parti dan tidak sepatutnya berlaku bagi sebuah parti yang besar dan berwibawa.

5 comments:

  1. wekkkkkk nak muntah.

    ReplyDelete
  2. dok sokong sokmo tuang presideng .. berat nannang doh puok2 nii.. kemareng bodow, hari ni kohor bodow, esok kohor bengong

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Sama je dengan Arul Kanda, semuanya lakonan belaka sebab terhutang budi dengan Bos besarnya tak gitu?????

    ReplyDelete
  5. Antara kekuatan hujah Husam;

    1. Niat untuk berpadu dengan UMNO sudah ada, cuma natijahnya ia terbantut disebabkan wujud penentangan dalam parti.
    2. PAS jelas lebih galak menyerang rakan komponen PR dan ahli parti sendiri, tetapi amat lunak pula dengan UMNO.
    3. Banyak kenyataan Hadi yang sentiasa kluk klek dan u-turn sifatnya, lantas memberikan peluru kepada UMNO.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa