Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 21, 2015

Kenyataan Media: Setiausaha Pemuda Amanah Terengganu - Isu serangan terhadap Ustaz Miqdad

Kenyataan Media

ANCAMAN KESELAMATAN TERHADAP PIMPINAN PEMUDA AMANAH TERENGGANU.

Pemuda Amanah Terengganu tengahari tadi bersama sama dengan Ustaz Miqdad Zakaria (Timbalan Ketua Pemuda Amanah Terengganu) berada di Balai Polis Marang untuk membuat satu laporan polis mengenai ancaman yang berunsurkan politik.

Pagi ini, kediaman Ustaz Miqdad didatangi oleh seorang individu yang melemparkan kata kata berbaur ancaman tetapi kebetulan Ustaz Miqdad tiada di rumah. Hal ini telah disedari oleh bapa kepada Ustaz Miqdad dan beliau bimbang dengan ancaman ini dan terus membuat laporan polis.

Sedang laporan polis dibuat, sekitar jam 1.15 tengah hari tadi, sekali lagi kediaman Ustaz Miqdad didatangi orang yang sama dan turut mengeluarkan ancaman yang sama.

Ancaman berunsur politik ini turut diterima oleh Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda pada Khamis, 19 November 2015 baru baru ini di kediaman beliau dari individu yang sama.

Pemuda Amanah Terengganu kesal dengan kejadian yang berlaku ini kepada dua pimpinan pemuda Amanah, seolah olah dirancang oleh pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan perkembangan Amanah di Terengganu.

Pemuda Amanah Terengganu menasihatkan semua ahli agar berhati hati dalam menerangkan agenda Parti Amanah Negara kepada masyarakat dan sekiranya mendapat ancaman keselamatan, hendaklah segera melaporkannya kepada pihak polis.

Amanah | Progresif | Peduli

Mohd Sufian Mat Ali
Setiausaha
Pemuda Amanah Terengganu
21 November 2015.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa