Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 12, 2015

Malunya akuu...........Ustazah tu!

Kes salahguna YaPEIM keji burukkan nama Islam, kata DAP
 | HAZAYANI ZAKARIA

Penyalahgunaan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang mengutip derma daripada caruman orang ramai adalah perbuatan keji yang wajib dikutuk keras, kata Ahli Parlimen DAP, Zairil Khir Johari.
Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berkata, ia seolah-olah menggunakan nama Islam untuk menghalalkan penyelewengan.
Beliau berkata demikian ekoran dakwaan NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) semalam bahawa pengerusi, timbalan pengerusi YaPEIM serta sanak saudara mereka membolot 26 jawatan dengan jumlah gaji sebanyak RM154,700 sebulan.
Pengerusi YaPEIM dikatakan memperoleh pendapatan sehingga RM73,000 sebulan dengan memegang 11 jawatan, manakala timbalan yang dikenalpasti sebagai seorang pemimpin Umno dari Kelantan, pula didakwa menikmati gaji sebanyak RM45,500 daripada tujuh jawatan yang disandangnya.
Sementara itu, anak timbalannya juga menerima habuan dengan gaji sebanyak RM31,200 sebulan, dan suaminya pula dilantik sebagai fello dengan gaji RM5,000 sebulan.
Ini bermaksud bahawa keluarga timbalannya sahaja mendapat manfaat besar daripada YaPEIM dengan penggajian sebanyak RM81,700 sebulan.
"Pendedahan ini membuktikan kecenderungan agensi kerajaan disalahgunakan bagi kepentingan individu.
"Tambah malang lagi apabila agensi ini merupakan yayasan yang dimandatkan untuk membantu orang Islam di negara ini, dan sebahagian daripada wang dananya berpunca daripada sumbangan orang ramai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zairil yang juga penolong setiausaha publisiti kebangaan DAP turt berkata, pendedahan ini merupakan satu lagi daripada sekian banyak bukti bagaimana dana awam di negara ini diselewengkan bagi tujuan politik naungan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan jika semua agensi dan yayasan yang serupa disiasat, lebih banyak lagi penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa akan dijumpai.
"Maka, tidak hairanlah apabila betapa banyak sekalipun institusi atas nama Islam ditubuhkan bagi membantu Muslim di negara ini, umat Islam di negara ini tetap tidak terbela.
"Jelas, nama agama Islam di negara ini sering dicemari oleh institusi dan agensi agama yang bukan sahaja menyeleweng dana dan tidak menjaga kebajikan umat, malah lebih berminat untuk mengawal moral masyarakat atau menganjurkan program “keagamaan” semata-mata," katanya.
Justeru beliau menuntut penjelasan kerajaan berhubung dakwaan ke atas YaPEIM ini dan segera merombak semula pengurusannya agar yayasan tersebut boleh diurus secara profesional dan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkannya dengan baik, dan bukan menjadi sumber habuan dan naungan politik semata-mata.
"Bukankah lebih baik jika segala tenaga dan sumber digunakan bagi menangani jurang pendapatan, kemiskinan kota dan lain-lain isu sosio-ekonomi yang merupakan pokok kepada permasalahan sosial?
"Lagipun, bukankah kemiskinan itu yang sebenarnya menghampirkan orang dengan kekufuran, sepertimana yang dijelaskan oleh hadis nabi?" soalnya.
- refer kat siniInstitusi Amal Jariah Anda?

3 comments:

  1. Kalau kesalahan seleweng mcm ni,di negara china,hukumannya adalah ditembak mati oleh skuad penembak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini Màlaysialah. Negara serba pelik. Dwi-standard dalam banyak hal. Yang berkaitUmno/BN Ok. Boleh kira lain.

      Delete
  2. Hanya guna guna nama Agama dan jual jual nama Agama saja boleh buat duit senang juta juta

    Budak Bahalol saja boleh buat juta juta

    Tak payah bijak pandai tahap Doktor

    Mat Bahalol buat duit Bilyon Bilyon pulak

    Kepala Otak !!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa