Cakaplah apa pun rakyat tidak boleh terima
Apa hang ingat sekarang ini kepintaran rakyat di tahap tahun '70an?
Lupakah TITM akan sejarah?
MENGAPA PAS MENGAMBIL SIKAP BERKECUALI DALAM MENGUNDI TIDAK PERCAYA PADA BAJET 2016??
PAS tidak mahu menghantar mesej bahawa kami membantah gaji kakitangan dan percen pegawai kerajaan dinaikkan dan begitu juga bonus yg diharapkan mereka untuk mengurangkan beban masa ini yang terdapat di dalam Bajet 2016. Begitu juga, hasrat golongan berpendapatan rendah yang kini boleh menikmati gaji minima dan manfaat yang bakal diperoleh warga penoreh getah dan FELDA melalui Bajet 2016. PAS tidak bersetuju dengan BRIM, tapi pada masa yang sama, PAS dan pembangkang lain tiada kuasa untuk menghalang kenaikan tol dan sebagainya meskipun ia di negeri yang ditadbir pembangkang dan rakyat yang kesempitan memerlukan bantuan ini sehinggalah ada alternatif yang lain di PRU14 nanti.
Dan sekiranya pembangkang mendapat cukup sokongan untuk menang usul tidak percaya pada Bajet 2016, apakah yang akan berlaku selepas itu??? Pengalaman Amerika Syarikat bilamana berlaku "goverment shutdown", selepas bajet Obama ditolak sehingga menyusahkan rakyat serta kakitangan kerajaannya, namun Obama terus berkuasa.
"Goverment Shutdown" menyebabkan 800 ribu kakitangan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat terpaksa mengambil cuti sementara dan 1.3 juta lagi terpaksa lapor diri ke tempat kerja tanpa diberitahu bila gaji mereka akan dibayar. Akhirnya, rakyat Amerika menyalahkan pembangkang.
Oleh itu, sekiranya bajet berjaya ditolak, ia hanya memeritkan keadaan urusan harian rakyat tergantung termasuk gaji kakitangannya yang tidak boleh dibayar akibat tindakan itu, akan tetapi langsung tidak mengancam kedudukan perdana menteri mahupun BN yang menjadi fokus untuk ditumbangkan kerana tidak amanah. Percayalah Najib tidak akan meletakkan jawatan walaupu bajetnya ditolak
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Jawapan copy paste dari rakyat marhaen bab government shutdown.
ReplyDeletePANDANGAN kononnya undi tidak percaya atau penolakan terhadap Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat hanya menyusahkan rakyat, adalah kisah dongeng yang bertebaran kebelakangan ini.
Timbul juga kisah dongeng lain, kononnya ia akan mengakibatkan ‘Government Shutdown’ sehingga boleh mengganggu urusan harian rakyat termasuk gaji penjawat awam tidak boleh dibayar.
Dongeng seterusnya, jika Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 ditolak, kononnya bermaksud menolak atau membantah kenaikan gaji penjawat awam dan pencen pesara kerajaan, bonus, kenaikan had gaji minimum dan beberapa lagi manfaat dalam bajet itu.
Secara peribadi terkejut dengan kisah dongeng itu. Lebih terkejut apabila ia dilontar oleh seorang timbalan presiden sebuah parti politik yang memerintah sebuah negeri selama lebih 20 tahun.
Mengapa terkejut? Pastilah, kerana seorang timbalan presiden sebuah parti politik tidak memahami proses perjalanan demokrasi berparlimen sehingga melontar pandangan yang mengelirukan rakyat.
Sedangkan, dalam Demokrasi Berparlimen ala Sistem Westminster, jika Dewan Rakyat hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri sama ada melalui undi tidak percaya ataupun gagal meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan, beliau perlu sama ada meletak jawatan atau memohon kepada Yang Di-pertuan Agong untuk dibubar Parlimen.
Jika Yang Di-pertuan Agong menolak pembubaran Parlimen, Kabinet harus meletak jawatan dan Yang Di-Pertuan Agong akan melantik seorang Perdana Menteri baharu.
Andai situasi itu berlaku dan Najib memilih meletak jawatan, Kabinet baharu perlu mengemukakan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 sekali lagi.
Jika berlaku pilihan raya umum ekoran Bajet 2016 ditolak, timbalan presiden itu patut belajar daripada bekas ketua penerangan partinya yang mengulas mengenai situasi Rang Undang-Undang Perbekalan 2000.
Justeru, menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 bukan bererti hari kiamat bagi Malaysia.
Ia tidak akan mengakibatkan ‘Government Shutdown’.
Penjawat awam tidak perlu dicutikan atau tidak dibayar gaji. Ia tidak juga bermaksud menolak manfaat kepada rakyat yang disediakan di dalam dokumen itu.
Menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 bererti memberi sedikit nafas baru kepada Malaysia. Jikalau Najib memilih untuk tidak meletak jawatan sekalipun, Yang Di-Pertuan Agong harus bubarkan Parlimen.
Mandat akan dikembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan pemerintah selepas itu.
Menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 adalah jalan yang boleh diambil memandangkan kebarangkalian yang sangat tipis untuk usul undi tidak percaya dibahas dan pengundian dibuat.
Usul undi tidak percaya tidak mungkin dapat mengatasi Urusan Mesyuarat Kerajaan dalam keadaan Parlimen yang bias dan tidak mempunyai peraturan spesifik untuk memastikan usul sedemikian dibahas.
Bagaimana timbalan presiden dan partinya boleh memilih untuk menyokong undi tidak percaya dalam keadaan yang mustahil ia boleh dilakukan tetapi bukan menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016?
Oh terlupa, timbalan presiden dan seluruh jemaah tartinya sekarang sedang bersiap-siap untuk menjadi penasihat kepada Barisan Nasional (BN).
Mungkin antara tugasan penasihat ‘Kassim Patalon’ itu ialah untuk menjadi agen memperbodoh rakyat hingga terlupa tanggungjawab moral untuk memberi pencerahan politik kepada rakyat khususnya orang Melayu.
Persoalannya, adakah timbalan presiden itu lebih senang untuk memilih membiarkan rakyat menanggung kesengsaraan akibat pemerintahan yang lemah dan tidak diurus tadbir dengan baik ketika ini?
RAKYAT MARHAEN
aku masih tak dpt cari Islam jenis apa yg diamalkan oleh oolalamuck pas skrg ini yg menghalalkan khianat tipu fitnah label umat.
ReplyDeletebrahim lebih baik diam dr cari dosa menipu rakyat. kita semua tau matlamat korg nak berselingkuh dgn umno.
Alasan cetek. Tak faham undang2
ReplyDeleteAlasan dangkal
ReplyDeleteBani syaitan berserban ni byk.bikin auta drp.fakta!
ReplyDeleteBodoh punya alasan Tuan Ibrahim ni. Dia ingat bila Bajet ditolak, kakitangan awam takdak gaji tahun depan.
ReplyDeleteUrusan bayaran gaji dan utiliti akan diurus oleh bank negara sepenuhnya. Apa2 projek, Gabenor akan putuskan sementara nak tunggu pilihanraya dan bentang bajet baru.
Bodoh punya ustaz. Tak baca undang2.
Bakpo lah puak2 Pas lo ni lpas ketiadaan arwah TGNA...jd babuk + benggong tahap Dewa....hok ni lah Allah swt paling pandang hina kpd makluk2 ciptaannya hok xnak guna akal fikiran tp guna tapak kaki utk buat pilihan @ puak2 Ularmak giler ko dunia ...Rasuah adalah halal...benci arak & Judi tp berkasih dgn syaitan yg lulus arak & Judi ....Ini Barisan terbaik Umporno + Paspispus kita yg disokong oleh Ularmak yg akn mendidik Umno jd paarti terbaik + Jujur + Amanah .....Cis..cis....cis ....puak2 ni yg Tuhan pn dia tipu .inikan pula manusia Bani Melayu . .hok boleh ditipu mcm 2x2 = 4
ReplyDeletePAS menghantar mesej yang ia tidak akan tunduk kepada kemahuan penyokong PR yang mahu menjatuhkan UMNO. Apa yang PAS mahukan sekarang ialah idealisma PAS semata-mata. Sebelah kaki di UMNO dan sebelah kaki di sini.
ReplyDeleteMarilah kita bersama-sama bergerak ke hadapan. Marilah kita kukuhkan PH. Biarlah PAS dengan utopia PAS dan usahlah kita mengharap PAS untuk merendah diri bersama kita untuk menurunkan UMNO.
Abe
ReplyDeleteApa yang bijaknya TITM? Dia hanya tukang cover benda yang xleh cover.
Shudown seperti pentadbiran Obama sebab bajet xdiluluskan?. Ni xlebih dari alasan mengarut yang xberpijak kepada realiti. Stat3m3nt ini hanya untuk makanan minta taksub membabi buta penyokong2 PAS yang kita tahu, kalau pemimpin PAS bagitau tahi lembu itu nilainya sama mahal dgn emas, pun mereka percaya.
Realitinya kita tahu dengan jumlah pembangkang zeramai 87 orang berbanding dgn jumlah MP BN 133 orang, mustahil bajet 2016 dapat ditolak. Yang penting disebalik tindakan pembangkang ialah untuk menarik perhatian rakyat bahawa mereka perlu m3ngambil tahu tentang bajet terutamanya bajet 2016 kerana terdapat aspek-aspek bajet itu memberi t3kanan kepada kehidupan mereka secara langsung dalam tahun 2016. Dalam keadaan ekonomi yang parah s3karang, kerajaan Najib cuba menekan rakyat terutama dari segi kewangan untuk kep3ntingan mereka.
Kita ambil asp3k GST s3bagai contoh. Najib mengakui bahawa GST adalah penyelamat kerajaannya kerana Najib tidak mampu mengerakkan ekonomi negara. Najib sebok dengan masaalah peribadinya terutama tentang 1MDB dan derma RM 2.6 B dari menumpukan kepada masaalah mentadbir negara.
Dalam tahun 2016, Najib menjangka akan mengutip GST s3banyak RM 39 B berbanding dgn RM 24B tahun 2015. Apa makna RM 39B ini? Ia bermakna setiap keluarga di negara ni tak kira status terpaksa memberi subsidi RM 19.00 sehari atau RM 570 s3bulan atau RM 6, 840.00 setahun untuk membolehkan Najib kekal berkuasa dan melakukan p3mbaziran serta hidup mewah. Projek2 Naj8b boleh terus beri kepada kroni-k4oni dengan harga yqng melambung tinggi. Najib dan pemimpin UMNO bol3h terus menjadikan duit negara sebagai lombong untuk mengkayakan diri mereka dan bermewah2 dgn duit rakyat.
Maknanya tak kira sapa, orang kaya ke orang miskin ke pengemis ke orang kampong yang menoreh getah ke, semua kena beri subsidi kepada Najib melalui GST sebanyak RM 19.00 sehari atau RM 570.00 sebulan atau RM 6, 840.00 setahun!
Kita ambil contoh orang kerja kampung yang pendapatan mereka lebih kurang RM 800.00 - RM 1, 000.00 s3bulan. Bila kita tolak subsidi kpd Najib setiap bulan, berapa lagi baki untuk keperluan lain?
Ini yqng HH kata ada aspek-aspek bajet yang menguntungkan rakyat yqng beliau tak sebut aspek2 apa? Biasalah HH dan pemimpin PAS berlindung dengan stat3m3nt sebaris tanoa menyebutkan dgn jelas benda apa secara detail. Kita tahu mereka buat macam ni kerana mereka lun xpqham apa-apa.
Contohnya hudud. S3b3lum l3milihan kecoh pasal hudud. Dok pertahan macam2 sebab pemilihan akan berlaku. Sekarang mana dia hudud? Sebelum pemilihan s3bok HH nak bentang hudud kat parlimen secara lrivate bill. Last-last hudud yang dikatakan iti hanya pindaan had denda dan hukuman kpd Akta 355 sahaja, bukan hudud. Zehari 2 ini, Din Ayam pun kata yang yang HH nak bentang kat parlimen itu hukan hudud tetapi pindaan Akta 355 - kita yang cerdik ni dah lama dok kata benda ni.
Langsung x mahu mencuba. Sekurang kurang nya berusaha menjatuhkan pemimpin zalim. Sgt mengecewakan utk seorg yg memahami hukum.
ReplyDeleteBakpo lah puak2 Pas lo ni lpas ketiadaan arwah TGNA...jd babuk + benggong tahap Dewa....hok ni lah Allah swt paling pandang hina kpd makluk2 ciptaannya hok xnak guna akal fikiran tp guna tapak kaki utk buat pilihan @ puak2 Ularmak giler ko dunia ...Rasuah adalah halal...benci arak & Judi tp berkasih dgn syaitan yg lulus arak & Judi ....Ini Barisan terbaik Umporno + Paspispus kita yg disokong oleh Ularmak yg akn mendidik Umno jd paarti terbaik + Jujur + Amanah .....Cis..cis....cis ....puak2 ni yg Tuhan pn dia tipu .inikan pula manusia Bani Melayu . .hok boleh ditipu mcm 2x2 = 4
ReplyDelete