Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 17, 2015

Rosmah terheret sama?

Adakah Rosmah Mansor penaung Pemangkin, soal NOW
TMI - Published: 17 November 2015 7:13 PM
Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir membuat semakan latar belakang Pemangkin dan menemui satu laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27 April, 2009 bertajuk ‘Bantu Anak Miskin, Yatim’ yang melaporkan mengenai majlis pelancaran yayasan itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 17 November, 2015. 

Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari membangkitkan persoalan adakah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor merupakan penaung kepada Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin), sebuah yayasan kebajikan untuk anak yatim.
Pengarahnya, Akmal Nasir membuat semakan latar belakang Pemangkin dan menemui satu laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27 April, 2009 bertajuk “Bantu Anak Miskin, Yatim” yang melaporkan mengenai majlis pelancaran yayasan itu.
"Berdasarkan laporan tersebut, Rosmah dilantik sebagai penaung kepada Pemangkin. Majlis pelancaran tersebut dihadiri sendiri Datuk Seri Jamil Khir Baharom," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, pada majlis itu, sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) berjumlah paling tinggi sebanyak RM4 juta, dengan jumlah dana yang terkumpul ketika itu sebanyak RM5 juta.
"Sumbangan terus daripada orang ramai juga dikutip melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang turut dilancarkan yang diberi nama Skim Sumbangan Amal Jariah untuk Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin.
Justeru, Akmal menggesa Jamil menjawab beberapa persoalan.
"Apakah rasional Rosmah dilantik sebagai penaung kepada badan yayasan yang menguruskan amal jariah anak yatim dan miskin?
"Adakah benar penubuhan Pemangkin adalah sebagai usaha menangani masalah anak yatim dan miskin?" soalnya.
Beliau turut membandingkan kewajaran Pemangkin terlibat dengan penganjuran Kursus Perkahwinan dan Kekeluargaan di luar negara seperti mana yang didedahkan beliau sebelum ini.
"Berapa ramai anak yatim dan miskin yang dapat dibantu Pemangkin sekiranya wang Yapeim tidak dibazirkan untuk perbelanjaan program luar negara dan sebaliknya digunakan untuk tujuan amal jariah anak yatim dan miskin" soal Akmal.
Katanya, berdasarkan fakta yang dikemukakan, jelas menunjukkan sumbangan atau wang yang diterima atau disalurkan kepada Pemangkin termasuk duit orang ramai dan dana daripada Yapeim adalah untuk dibelanjakan bagi kegunaan amal jariah, bantuan anak yatim dan miskin. – 17 November, 2015.

3 comments:

  1. Dimana ada madu disitulah semut menghurung.tahu peribahasa yg sepatutnya ke tuan bloq.tuan bloqkan mcm pandai peribahasa yg guna nama haiwan ni.bleh ke letak org tu kat situ tak cukup dgn permata ke.tak dpt sen jugak mcm penasihat 1MDB agaknya.buat amal jariah sj jd penasihat.dpt untung gunalah utk kebajikan org yg sepatutnya bkn 'kebajikan' org tertentu.patutlah rakyat dok susah gitu juga.ni mesti tuan bloq n kawan kawan nak serang pas lg.serang la selama belum dtg terang

    ReplyDelete
  2. Macam kat kelantan....Pas jual balak bantu sapa agaknya.......caruman dan gaji guru2 pun lesap......tup2 elaun exco dinaikan. Pas tak layak nak bicara hal hal kebajikan rakyat apatah lagi hal2 anak yatim. Pasapco hari2 cari fatwa nak menghalalkan kerja buat ulaumak dia! Dimata rakyat kini, Pas Haram Jadah!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa