Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 6, 2017

Siapa yang tersedak dedak ni?

*Cerita RM90 juta tu dah saman ke belum?

Friday, 6 January 2017
SIAPA SEBENARNYA MAKAN DEDAK?

PKR dan DAP adalah dua daripada tiga parti yang menganggotai Pakatan Harapan. Satu lagi parti yang turut menjadi anggota Pakatan Harapan ialah Amanah.

Apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dilantik sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada DAP, lidah rasmi Pas iaitu Harakahdaily menyifatkannya sebagai "dedak" untuk mengikat PKR.

Itulah dedak yang ditabur supaya individu atau pihak yang dilantik akan terikat, kata tulisan itu lagi.
Di mana logiknya lantikan itu bertujuan mengikat sedangkan PKR dan DAP sudah saling bersama, bekerjasama dan mempunyai ikatan rasmi dalam Pakatan Harapan?

Bandingkan pula dengan Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas dan masih merupakan ahli Pas yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global  sejak 2015 lagi.

Yayasan tersebut ditubuhkan oleh Najib Razak atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri daripada UMNO dan BN yang bertujuan untuk memupuk semangat kesederhaan.

Sebelum itu, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global disandang oleh Saiffudin Abdullah, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi setelah tewas dalam pilihanraya 2013.

Saifuddin  Abdullah melepaskan jawatan apabila membuat keputusan meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR. Maknanya, Saifuddin sedar jawatan prasyarat memegang jawatan ialah sama ada ahli UMNO atau mesti menyokong Najib.
Berbeza dengan perlantikan Saifuddin oleh Lim Guan Eng di mana PKR dan DAP mempunyai ikatan rasmi, sebaliknya perlantikan Nasharuddin oleh Najib dalam keadaan Pas dan UMNO tidak mempunyai sebarang ikatan persefahaman.

Jadi, perlantikan siapa yang sebenarnya sedang ditabur dedak bertujuan untuk mengikat? SH 06/01/2017).

Posted by Shahbudin Husin at 18:47

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa