Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 7, 2017

SPRM masih membisu tentang dakwaan Bahri

SPRM membisu dakwaan Bahri tiada siapa hubunginya
mk  -  Hari ini, 3:20 petang
Tiada sebarang jawapan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penafian bekas pengarahnya, Datuk Bahri Mohd Zin bahawa unit media agensi itu menghubunginya berikutan kenyataan mengenai siasatan SRC International Bhd.

Panggilan dan mesej kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki kekal tidak berjawab.

Bahri, Selasa lalu menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh unit media suruhanjaya itu.

"Saya amat tidak suka orang mempergunakan saya tanpa kebenaran," katanya, dipetik Sinar Online.

Bekas pengarah bahagian operasi khas SPRM itu sebelum ini menafikan SPRM ada menghubungi beliau.

Suruhanjaya itu juga menafikan kenyataan Bahri bahawa beliau memilih untuk bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC.

Azam ketika dihubungi juga mendakwa Bahri menafikan berkata beliau merasakan seolah-olah berdosa terhadap 30 juta rakyat Malaysia seperti dilaporkan.

Terdahulu, beberapa agensi media, termasuk Malaysiakini, memetik Bahri sebagai berkata beliau kecewa apabila kes SRC tidak dibawa ke mahkamah.

SRC, yang sebelum ini merupakan anak syarikat 1MDB dan kini di bawah kementerian kewangan, mencuri perhatian selepas RM42 juta ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Wang SRC didepositkan dalam akaun Najib dalam dua transaksi - pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 - selepas melalui dua syarikat, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Najib dilapor mendakwa tidak sedar mengenai wang SRC dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga membersihkan dirinya daripada sebarang salah laku.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa