Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 10, 2017

Apa macam Nazri.......jangan acah jer, benarkah hang berani?

Jom debat, Dr Mahathir ajak Nazri

  | March 9, 2017
Bekas perdana menteri itu bersedia berbahas dengan menteri pelancongan itu mengenai 1MDB, dana RM2.6 bilion mahupun skandal BMF.
PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kesediannya berdebat dengan Datuk Seri Nazri Aziz, selepas ahli Majlis Tertinggi Umno itu mencabarnya bertanding di kawasan Parlimen Padang Rengas.
“Kalau dia mahu berbahas dengan saya depan orang ramai, silakan,” kata Dr Mahathir, yang sekali lagi menolak cabaran untuk kembali bertanding dalam pilihan raya.
Katanya, kedua-dua mereka boleh berdebat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, mahupun skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang berlaku di era pemerintahannya.
Dr Mahathir, yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dijadualkan berucap di Padang Rengas, kawasan Parlimen yang disandang Nazri.
Nazri berkata beliau akan membentangkan permaidani merah untuk mengalu-alukan bekas perdana menteri itu.
Dr Mahathir hari ini membalas tawaran Nazri: “Saya fikir tak payahlah belanja duit untuk tujuan itu, saya berjalan atas lumpur pun boleh.
“Saya bukan dari golongan tinggi, saya dari golongan bawah yang biasa jalan kaki tak pakai kasut, jadi tak payahlah karpet merah.
“Suruh dia guna duit itu untuk belanja bagi kepada orang lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa