Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Friday, March 10, 2017

Apakah Azalina bakal disekeh sama?

Thursday, 9 March 2017
AKTA BANKRAP LEBIH PENTING BERBANDING AKTA 355, NAK KENA SEKEH KE BERANI CAKAP MACAM TU?

Aduhh...apa lagi ni Cik Aza?

Adakah ini satu lagi sandiwara yang mahu dipertontonkan kepada orangrmai?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen, Azalina Othman Said berkata, ada dua rang undang-undang kerajaan yang lebih penting dan perlu diutamakan dalam sessi Parlimen kali ini berbanding pindaan Akta 355.

Menurut beliau, rang undang-undang berkenaan adalah Akta Kebankrapan dan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak.
"Kita dapat banyak usul, tetapi bagi saya, saya mahu selesaikan dua akta ini terlebih dahulu.

"Jika dua akta itu tidak dapat dibentangkan dalam sessi Parlimen kali ini, saya perlu tunggu lagi dan ia akan mengakibatkan ramai orang terjejas disebabkannya," ujar Azalina lagi.

Sebagai penganut Islam, apakah Azalina tidak dapat melihat bahawa Akta 355 juga sama pentingnya kepada orangramai, kalau pun tidak lebih penting berbanding Akta Kebankrapan dan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak yang mahu didahulukannya itu?
Jika tidak penting, mana mungkin Pas sanggup mengadakan perhimpunan awam di Padang Merbok, memberi cuti umum di Kelantan untuk mengerah penyokong mereka menghadirinya, menteri UMNO, Jamil Khir Baharom turut hadir perhimpunan tersebut, Najib Razak mengirim salam kepada mereka yang berhimpun, memberi penerangan sambil minum teh tarik sehingga ke London dan ada pemimpin Pas sampai mahu menyekeh kepala mufti yang mempertikaikan Akta 355 itu?

Tidak bolehkah dicari ruang agar Akta 355 itu dapat dibentangkan kali ini?

Kepada Cik Aza, mana yang lebih ramai terjejas jika ditangguhkan - Akta 355 atau Akta Kebankrapan dan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak?

Jika dalam sessi Parlimen yang lalu, Azalina  mengatakan Akta 355 tidak dapat dibentangkan kerana tidak cukup masa dan kemudian baru-baru ini apabila ia  dimasukkan dalam aturan mesyuarat, tetapi didapati menggunakan versi lama yang menyebabkan ia dikeluarkan semula kerana kesilapan teknikal, apakah kenyataan bahawa Akta Kebankrapan dan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak perlu didahulukan, ia memberi gambaran usul Hadi Awang masih kabur dan mungkin sekali lagi tidak akan dibentangkan?
Sekali mengatakan tidak cukup masa, mungkin boleh difahami. Begitu juga apabila kali kedua menyatakan berlakunya kesilapan teknikal mengenainya.

Tetapi, untuk kali ketiga dengan memberi gambaran seolah-olah Akta 355 tidak sepenting dua akta lain yang mahu dibentangkan, ia mungkin boleh menyebabkan  pemimpin Pas yang seorang itu naik angin dan rasa perjuangan mereka hanya dipermain-mainkan.

Jika dulu mufti mahu disekehnya, apakah Azalina bakal disekeh sama? (ShahbudinHusin 09/03/2017).

1 comment:

  1. So...kita tunggu Takiri sekeh Azalina...kalau Takiri afa butoh...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa