Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 7, 2017

Gempar bila objek seakan Dementor muncul di langit

Penduduk gempar, objek pelik muncul di awan
Zambia – Penduduk di Zambia telah dikejutkan dengan objek pelik yang dihasilkan oleh awan yang terbentuk di atas sebuah pusat beli-belah. 

Awan berkenaan umpama Dementor, iaitu makhluk yang menjadi penjaga di penjara Azkaban dalam cerita Harry Potter. Ia sepanjang kita-kira 100 meter dan muncul di atas Mukuba Mall di Kitwe selama setengah jam. 

Keadaan ini menyebabkan mereka yang berada di situ dalam ketakutan hinggakan ada yang melarikan diri. “Ada yang mula berdoa tetapi ada juga yang lari.

Ia sangat pelik. “Kami terkejut melihat imej terbabit yang kelihatan seperti manusia dalam kepulan awan,’’ kata salah seorang saksi di situ. 

Dementor adalah makhluk yang mengerikan dalam cerita Harry Potter dan boleh mengambil jiwa seseorang. -.kualalumpurpost via KERENGGA

* Kalau saya ada di situ pun rasanya akan tergugat juga!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa