Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 2, 2017

Siasat orang politik: Adakah ini permulaannya?

SPRM teliti laporan polis dakwa MT Umno seleweng dana
mk  -  Hari ini, 5:46 petang
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan seorang anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dipercayai terbabit dalam penyelewengan projek pembangunan perisian untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), semalam.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini, berkata laporan itu diterima daripada Polis Diraja Malaysia yang mendapat satu aduan daripada orang awam.

"SPRM akan meneliti laporan yang telah diperoleh sebelum membuka kertas siasatan terhadap dakwaan tersebut.

"Individu yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan sekiranya perlu bagi membantu siasatan," kata kenyataan itu.

SPRM juga akan bekerjasama dengan MCMC bagi mendapatkan maklumat-maklumat berhubung dakwaan tersebut, kata kenyataan itu.

Sebuah portal berita tempatan sebelum ini melaporkan sebuah syarikat membuat laporan polis mendakwa sebuah yayasan milik seorang anggota MT Umno melakukan penyelewengan dana sebanyak RM2.7 juta.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman mengesahkan menerima laporan polis itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa