Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 12, 2013

Bukan Saja Mulut Busuk, Hati Dan Pendirian Pun Busuk!

Memang mulut menteri ni tak pernah dibasuh zaman berzaman
Mulut busuk menteri inilah juga yang manabur fitnah terhadap mangsa peristiwa memali...

Menteri Perlu Basuh Mulut...
SUSUPAN PETANG 
Apa ulasan terbaru menteri yang tidak basuh mulut? 
Katanya kebenaran stadium Merdeka untuk himpunan Kebangkitan Rakyat bersejarah esok menunjukkan kerajaan bertimbang rasa. Begitulah sikap dan gelagat menteri ini. Kita nak tanya apakah sikap kerajaan sebelum ini yang tidak membenarkan perhimpunan awam anjuran Pakatan Rakyat? Apakah itu juga dimasukkan dalam kamus bertimbang rasa?

Sebelum ini heboh radio menteri tidak basuh mulut inilah yang membuat provokasi dan dakyah memberi gambaran beberapa himpunan awam sebelum ini buruk, menganggu ketenteraman dan merugikan harta benda awam. Tiap malam disiarkan pendapat orang ramai kononnya memnolak dan benci himpunan berkenaan.

Tetapi kenapa kali ini menyepi pula radio menteri tidak basuh mulut itu. Tidak begitu bersungguh melakukan provokasi dan pengkhianatan. Apakah hendak ubah tektik dan sejukkan hati orang ramai. Apakah radio dan menteri itu sudah mula memperakui bahawa himpunan awam anjuran Pakatan Rakyat selamat?

Sudahlah si menteri tak basuh mulut, orang sudah arif dan faham cara kamu berpolitik. Kejadian membakar jambatan dan menolak tesis sendiri menjelaskan siapa kamu sebenarnya. Menteri tidak basuh mulut seperti inilah menjadikan Najib kian tertekan dan hilang populariti sebanyak 2 peratus. Selepas himpunan esok populariti Najib mungkin akan menurun 4 mata lagi.

Kalau menteri tidak basuh mulut ini diambil untuk mempertahankan wibawa Najib ternyata ia kini sudah menjadi sokong membawa rebah. Khabarnya menteri tidak basuh mulut ini sudah mengesut sejadahnya miring ke arah Muhyiddin Yassin pula. Benarkah?

Apapun himpunan esok menjadi tumpuan menteri ini. Mungkin sejak jam 10:00 pagi lagi dia akan berada di menara tinjau di Kuala Lumnpur untuk merakam gambar himpunan berkenaan dengan pelbagai jenis kamera miliknya sendiri kemudian membuat kira-kira berapa jumlahnya. Sistem kiraan fotofinish diperkenalkan menteri ini sebelum menunjukkan jumlah yang hadir pada Bersih 3 tidak lebih 7,200 orang saja.

Mungkin kali ini sistem kiraan yang canggih menteri itu esok digunakan lagi. Kiraan nanati akan menghitung jumlahnya hanya bertambah tujuh orang saja menjadi 7,207 orang. Jadi Najib tidak perlu cemas dengan himpunan itu kemudian cepat-cepat boleh menghadap Agong untuk tujuan pembubaran parlimen.

Di dalam Umno semua orang ingin membawa jambangan bunga untuk Najib tetapi ada kalanya Najib tidak fahaman apakah bunga kegembiraan atau pun jambangan bunga kedukacitaan. [wm.kl.7:23 pm 11/01/13] - mso

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa