Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 7, 2013

Gesaan Sia-Sia Lagi!

Tak payahlah membebel dengan perkara yang buat kering liur!
Mahfuz gesa Agong panggil sesi khas Parlimen

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa Yang di-Pertuan Agong memanggil satu sesi khas Parlimen untuk membolehkan kerajaan baginda dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat penjelasan dan membersihkan diri berkaitan pendedahan yang dibuat oleh Deepak Jaikishan berhubung peranannya dalam penarikan akuan bersumpah.

Sehubungan itu, Mahfuz (kanan) berkata, beliau akan mendapatkan temujanji untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim bagi menyerahkan memorandum bagi tujuan tersebut.

Beliau berharap baginda akan memberi perkenan untuk menerimanya menghadap dan membenarkan memanggil sesi khas parlimen sebelum 25 Februari kerana selepas itu parlimen mungkin dibubarkan.

Mahfuz berkata adalah perlu bagi Najib menjelaskan peranan yang dimainkan oleh adiknya dalam menarik balik akuan bersumpah pertama P Balasubramaniam, yang didakwa dibantu oleh Deepak.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata ia menghairankan sejak pendedahan dibuat oleh Deepak, baik kerajaan, mahupun Najib tidak memberi reaksi terhadap pendedahan tersebut.

Beliau berkata jika dakwaan itu tidak benar, maka Najib sepatutnya mengambil tindakan terhadap Deepak.

Tindakan berdiam diri, tambah Mahfuz, akan menjejaskan reputasi kerajaan Yang di-Pertuan Agong sendiri.

1 comment:

  1. Keep yourself hydrated to minimize the impacts of getting older on the skin. Our skin is one of the first things to demonstrate indications of lack of fluids with sunken eye and leathery epidermis. Keep up your water intake and ensure to eat foods which can be full of drinking water information like cucumbers and oranges. [url=http://www.ss12w12ws.info]Scuu76788m[/url]

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa