Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 7, 2013

TENTANG SEORANG AYAH - Sebagaimana Diriku Juga

Memang itulah perasaan seorang ayah 

TENTANG SEORANG AYAH; Wahai anak, bacalah sayang!
Wahai anak-anakku, bacalah sayang!

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita.

Semasa kecil, ibu lah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.?
Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!". Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.


Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej@universiti untuk belajar.

Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.


Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya. Dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelaminbersama pasangan, ayah pun tersenyum bahagia.


Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis.
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakan lah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya".


Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak lagi kuat untuk menjaga kita.

Anak-anakku, luangkan 5 minit untuk ini.. !!

Kungsi dari blog Kerajaan Rakyat


Betapa sukanya dan bersyukurnya seorang bapa bila menjadi 'Datuk' 

Gelagat Cucu pertamaku Haris Salahuddin sangat seronok ketika dimandikan



2 comments:

  1. Salam Uncle;

    Giliran mu sudah tiba
    Giliran ku bakal menjelma
    Apakah sempat aku menghadapinya...
    Wallahuaklam...

    TAHNIAH.
    Tanpa perlu bersusah payah membodek sesiapa, akhirnya dapat jugak gelaran "DATUK"... Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  2. W'salam anakanda Isa

    Terima kasih dan syukur kerana anugerahNya dan dipanjangkan umur

    Berdoalah ke hadratNya. Insya Allah diberkati dan diizinkan suatu hari nanti.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa