Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 12, 2013

Najib Sudah Ubah Nada.....

Saya tak nak komen apa-apa!!!
Cuma saya nak ucapkan Tahniah dan Syabas kepada pihak Penganjur 
dan Peserta HKR 12/1 serta PDRM

Umno parti yang terbuka kepada kritikan, kata Najib
Oleh Md Izwan 
January 12, 201
 KUALA LUMPUR, 12 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Umno adalah sebuah parti yang terbuka kepada kritikan pada majlis penghargaan media massa malam ini, beberapa jam selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran pembangkang dan NGO berakhir.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra, Najib (gambar) menegaskan Umno sentiasa mengalukan-alukan sebarang teguran yang ditujukan kepada parti komponen utama Barisan Nasional (BN) itu kerana ia adalah demi kebaikan rakyat.


“Umno dan kerajaan tidak pernah menolak apa sahaja media kritik dan tegur.


“Kami juga menerimanya secara terbuka dan positif,” kata presiden Umno tersebut.


Namun, Najib menegaskan sebarang kritikan dan teguran tersebut mestilah berasaskan fakta yang sebenar dan bertujuan untuk mencari kebaikan tetapi bukan sebaliknya.


“Ia mestilah berasaskan fakta dan untuk kebaikan.


“Janganlah sebarang kritikan itu adalah cerita yang palsu dan menfitnah, memandangkan sekarang sudah nak dekat pilihan raya saban hari kita mendengar cerita karut-marut yang dibangkitkan bertujuan merosakkan imej dan pandangan kepada kerajaan,” tambah beliau.


Dalam pada itu juga, Najib berkata peranan media perlu dipandang berat kerana mereka adalah penyambung hubungan dan ikatan antara kerajaan dengan rakyat khususnya malahan Umno juga mengiktiraf betapa pentingnya media.


“Peranan media kepada parti politik perlu diberikan perhatian yang berat.


“Ini kerana media boleh sampaikan hasrat kerajaan untuk mencapai sesuatu objektif yang murni itu secara positif dan negatif,” kata beliau lagi.

1 comment:

  1. Bhai MountDweller...

    Hahahaha..... itu jer yang gua boleh katakan kat Najib....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa