Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 13, 2013

Undurkan Beliau Dalam PRU Nanti. Jangan Dok Melalak Dalam Akhbar!

Yang minta Nik Aziz undur ni siapa sebenarnya
Orang PAS atau Penyokongnya atau Orang-Orang UMNO dan Penyokongnya? Yang baiknya jangan dok bising dan menyibuk dalam akhbar
Kalau betul beliau tidak layak kerana tua dan sakit, tolak saja masa PRU nanti Barulah masing-masing (Penyokong PAS dan BN) akan puas hati!
Pengundi Mahu Nik Aziz Berundur
KOTA BARU: Pada usia menjangkau 82 tahun dan sudah empat penggal memegang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, sudah tentu pengumuman Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mempertahan kerusi itu bagi penggal kelima pada pilihan raya umum 5 Mei ini, mendapat reaksi negatif sesetengah pengundi.
Mereka berpendapat bukan sahaja mursyidul am PAS itu sudah lanjut usia, tetapi dengan pelbagai penyakit yang dihadapinya, beliau dirasakan tidak lagi berkemampuan untuk memimpin disebabkan keuzurannya.
Justeru, mereka mendesak agar Nik Aziz tidak bertanding lagi pada PRU13 ini dan sekali gus berundur daripada memegang jawatan menteri besar Kelantan.
Umum mengetahui Nik Aziz pernah menjalani rawatan jantung pada Ogos 2010 dan sehingga kini, beliau masih menerima rawatan berterusan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Nik Aziz bagaimanapun mendakwa masalah kesihatannya tidak menjejaskan kemampuannya untuk bertanding kerana baginya untuk menjadi wakil rakyat tidak semestinya sihat tubuh badan.
Sebahagian pengundi di DUN Chempaka yang ditemui turut mengatakan Nik Aziz gagal membangunkan DUN Chempaka walaupun telah lama menjadi wakil rakyat di situ.
Menurut mereka, pelbagai pembangunan yang dilaksanakan di Pengkalan Chepa, bukan atas usaha Nik Aziz ataupun kerajaan negeri tetapi hasil usaha kerajaan pusat seperti Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Institut Pendidikan Guru Kota Baharu dan yang paling ketara cawangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Taman Bendahara.
Taman Bendahara kini cukup terkenal dan menjadi pusat pertumbuhan baharu dengan adanya UMK.
Projek tebatan ombak bernilai jutaan ringgit di sepanjang Pantai Sabak dan Pantai Cahaya Bulan juga hasil keprihatinan kerajaan pusat, kata Yusoff Saad, 47, penduduk Pantai Sabak, kawasan yang sering dipukul ombak besar setiap kali musim tengkujuh.
"Rumah kami banyak yang hanyut kerana ombak kuat. Nik Aziz datang pun tidak, menjenguk kami. Lama kelamaan kami yang tinggal di pesisir pantai ini dah tak ada tempat tinggal.
"Mujurlah kerajaan pusat bina benteng penahan ombak. Kuranglah sikit ketakutan kami," katanya.
Pembaik alatan elektronik, Wan Lah Husin, 59, berkata kalau boleh biarlah orang lain yang memimpin pula.
"Walaupun peluang Barisan Nasional (BN) dikatakan tipis tetapi sekarang saya yakin ramai yang sudah menyokong BN kerana mahukan pembangunan fizikal ditingkatkan," katanya.
Sementara itu Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin berkata BN telah banyak berjasa di kawasan parlimen itu termasuk yang terbaharu membina sebuah klinik di Jalan Rambutan Rendang di sini.
Katanya rakyat kini mahukan perkhidmatan terbaik seperti menangani masalah air yang tidak pernah selesai di Kampung Che Deris dan air Sungai Tok Sadang yang airnya keruh kerana masalah pembalakan. - mStar

6 comments:

  1. salam bang,awat pikir macam tu,nak buang dia dgn cara tolak dia dalam pilihanraya?sampai kiAmat bangsat2 umno tu akan cerca dia,bila dia kalAh,tp bg aku,alangkah moleknya kalo dia undur secara terhormat,sbb usia n kesihatan,mmmm...salam hormat wat tuan guru...

    ReplyDelete
  2. Anon 12:12 AM

    Saya tahu TGNA ada prinsip yang tersendiri. Katanya menayatakan yang haq (dakwah) tidak ada istilah bersara. Jadi itu adalah cara dan jalan baginya berdakwah dan perjuangkan hak Allah. Itu sebabnya dia tidak akan bersara sehingga ke hujung nyawa...

    Apa yang cadangkan di atas itu hanyalah sindiran.

    ReplyDelete
  3. Salam bang..lebih kurang 4juta pengikut dia bang..kalu dia tak betul..kenapa rakyat masih sayangkan dia lagi....

    ReplyDelete
  4. W'salam fariszam

    Sebenarnya yang tak suka dia adalah dari kalangan UMNO dan oppotunis di dalam PAS serta puak UG kalau masih ada lagilah.

    TGNA adalah salah seorang penghalang idea UG dulu. Itu sebab contohnya sehingga sekarang Harussani marahkan dia/PAS

    ReplyDelete
  5. Kepada penyokong dan pimpinan pas, Bagilah TG Nik Aziz bersara dengan hormatnya.. bayangkanlah kalau kita berumur 82 tahun.. adakah kita bersedia utk pikul tanggungjawab yang dipikul oleh beliau.. berilah peluang utk beliau berehat dan bersama keluarga dan membuat sesuatu utk diri sendiri pula..

    ReplyDelete
  6. Berjuang sampai hbs nafas...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa