Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 14, 2013

Hok Ni Molek Benar!

Rasanya UMNO/BN akan menentang
Mereka akan kata tidak praktikal
Pembangunan yang dirancang tidak sempat untuk selesaikan!
Menteri Besar Johor PR hanya akan berkhidmat selama dua penggal
OLEH MOHD FARHAN DARWIS DAN IDA LIM
APRIL 13, 2013
PR melancarkan 'Manifesto Rakyat Johor' hari ini. - Gambar oleh Saw Siow Feng
JOHOR BARU, 13 April — Pakatan Rakyat (PR) dalam manifesto khusus mereka untuk Johor hari ini berikrar untuk menghadkan perkhidmatan jawatan Menteri Besar maksimum hanya untuk tempoh dua penggal bagi mengekang gejala korupsi dan rasuah.
Ikrar yang dimasukkan ke dalam “Manifesto Rakyat Johor” dengan tema “Johor Maju dan Berkebajikan” itu, PR turut menegaskan atas prinsip akauntabilti, integriti, dan keadilan perkara itu perlu bagi mencapai matlamat rasuah sifar yang dilaungkan pembangkang tersebut.
“Ini salah satu cadangan yang paling bersejarah sebab jawatan menteri besar itu dihadkan kepada dua penggal sahaja ... macam presiden Amerika.
Lim Kit Siang dan Nik Aziz melancarkan 'Manifesto Rakyat Johor' di New York Hotel, Johor Baru.“Sebab kita merasakan mereka yang memegang kuasa terlalu lama akan cenderung untuk melakukan 'power corrupt',” kata Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau ketika berucap dalam majlis pelancaran manifesto berkenaan di Hotel New York di bandaraya ini.
Datuk Abdul Ghani Othman, yang merupakan menteri besar sebelum ini telah menerajui Johor selama empat penggal bermula Mei 1995.
Bagaimanapun, desas-desus untuk menggantikan menteri besar di negeri deposit tetap Umno dan Barisan Nasional (BN) itu telah kedengaran apabila terdapat beberapa calon yang dikatakan sedang dipertimbangkan kepimpinan Pusat BN.
Sebelum Abdul Ghani, Johor sejak 1886 telah memiliki 14 menteri besar.
Selain tawaran berkenaan dan pembasmian rasuah, PR juga mengemukakan beberapa bantuan kewangan dan insentif dalam usaha mereka menarik sokongan pengundi Johor yang selama ini menjadi pengundi setia kepada BN seperti bantuan perumahan, pewujudan Ladang Sejahtera, gaji minimum RM1,100 untuk penjawat awam Johor dan 40,000 peluang pekerjaan dalam masa dua tahun untuk rakyat Johor.
Menegaskan isu jenayah menjadi ancaman terbesar Johor, penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mencadangkan PR supaya memasukkan tiga perkara lagi ke dalam manifesto PR iaitu, membasmi jenayah, rasuah, dan pemantapan institusi pendidikan.
PR jelasnya akan memastikan bandaraya Johor Bahru akan bebas daripada “kartel jenayah” sekiranya pembangkang itu memerintah.
“Apa Isu utama di Johor? ... masalah jenayah, ibu kota jenayah, “kartel crime” kita tidak akan biarkan ia berleluasa.
“Kita mahu jadikan Johor Bahru jadi bandar selesa,” katanya yang juga merupakan anak jati Batu Pahat ketika berucap dalam pelancaran tersebut.
Malah, selain bantuan insentif turut ditawarkan kepada komuniti beragama Islam, PR juga turut menawarkan pemartabatan hak bukan Islam di Johor melalui pewujudan portfolio khas hal ehwal bukan Islam dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

1 comment:

  1. Tahniah PR Johor. Satu perancangan dan gerakkerja yang mantap dan dinamik dari gabungan PAS/DAP/PKR. Apa PR khasnya PAS Terengganu tak boleh bergerak cergas macam ni? PAS Terengganu yang mempunyai panglima2 besar dan base yang lebih kukuh sepatutnya menjadi peneraju gerakkerja PAS seluruh negara kelihatannya sangat lesu, tak ada modus operandi yang dinamik. Apa PAS Terengganu sudah berpuas hati hanya sebagai pembangkang dengan beberapa kerusi DUN? tak adakah gerakkerja untuk merampas Terengganu? atau kerana pemimpin2 PAS Terengganu yang lama2 ni memang lembab?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa