ANGGOTA tentera Iraq meronda di bandar Baquba baru-baru ini.
BAGHDAD - Beberapa pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada Perdana Menteri Iraq agar tidak mengamalkan dasar pemerintahan negara berdasarkan mazhab.
Amaran itu diutarakan selepas Presiden Barack Obama semalam menimbang gesaan untuk melancarkan serangan udara terhadap pemberontak yang diterajui kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam (ISIL).
Ia ekoran ISIL yang semakin menghampiri banda raya ini.
Kritikan keras terhadap Maliki juga dilemparkan ketika tentera Iraq bergelut untuk memerangi ISIL yang menawan kota raya kedua terbesar di Iraq, Mosul dan sebahagian besar wilayah di utara negara itu.
Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula memberi amaran bahawa krisis dalaman kali ini mengancam kewujudan negara Iraq.
Setakat semalam, ratusan ribu penduduk Iraq menjadi pelarian sejak pertempuran tercetus sembilan hari lalu manakala jumlah korban krisis itu masih belum dapat dipastikan.
"Maliki perlu memerintah secara inklusif, menyemai kestabilan dan perpaduan antara rakyat dan menangani keperluan penduduk berbilang masyarakat di Iraq," kata Bidden dalam satu panggilan telefon kepada Perdana Menteri Iraq semalam.
"Maliki perlu menerajui semua rakyat Iraq dan bukan hanya puak Syiah," tambahnya.
Dalam pada itu, Washington telah menempatkan sebuah kapal induk di rantau Teluk dan menghantar sejumlah anggota tentera untuk meningkatkan keselamatan di Kedutaan AS di sini.
Obama bagaimanapun menolak untuk kembali menghantar askar AS bagi menstabilkan Iraq.
Terdahulu, Arab Saudi memberi amaran bahawa perang saudara di Iraq akan membawa kesan buruk di luar jangkaan ke atas rantau Asia Barat jika dibiarkan berlaku. - AFP
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa