Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 27, 2014

Kabinet besar Najib: Apa Kata Penganalisis

Kabinet besar Najib demi kepentingan politik, kata penganalisis
OLEH EILEEN NG 
Published: 27 June 2014

Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Rabu lebih dilihat sebagai habuan politik berbanding keinginan untuk melakukan transformasi, menurut penganalisis politik yang beranggapan ia akan terus memacu kepada pengurusan kerajaan yang tidak cekap.
Mereka mendakwa peluang ini diambil Najib untuk memasukkan pemimpin Cina daripada dua parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan Gerakan ke dalam Kabinet, namun tidak menggugurkan atau menukar menteri yang lemah dalam pentadbiran.
Penganalisis juga melahirkan kebimbangan dengan pasukan Najib yang terdiri daripada 35 orang yang merupakan pasukan yang lebih besar berbanding zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terdiri daripada 32 ahli Kabinet.
“Ini bukan rombakan tetapi pengembangan yang mengambil kira lebih kepada kepentingan politik berbanding transformasi. Tiada muka baru,” kata Dr Oh Ei Sun dari Pusat Kajian Antarabangsa S Rajaratnam dari Singapura.
Najib melantik Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagaimana dijanjikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan bulan lalu.
Beliau turut melantik Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai menteri pengangkutan dan Datuk Wee Ka Siong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Tiga lagi naib presiden MCA: Datuk Lee Chee Leong, Datuk Chua Tee Yong dan Datin Paduka Chew Mei Fun masing-masing dilantik timbalan menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Tricia Yeoh berkata Kabinet yang lebih besar tidak menarik kerana dilihat kurang berkesan.
“Perubahan terkini dalam Kabinet dilihat sebagai cara perdana menteri tunduk kepada pelbagai permintaan dan kepentingan pihak tertentu dalam komponen BN.”
Katanya, jika Najib ikhlas untuk melakukan pembaharuan, maka barisan Kabinet yang besar bukan menjadi satu keperluan.
“Saya tidak fikir ia merubah apa-apa atau menaikkan semangat Najib untuk melakukan transformasi. Jika sebelum ini beliau boleh melakukannya, mengapa perlu dirombak?” katanya.
Yeoh juga tidak melihat bahawa mengembalikan pemimpin MCA ke dalam Kabinet mampu menterjemahkan sokongan padu orang Cina selepas parti itu menunjukkan prestasi buruk sejak Pilihan Raya Umum 2008.
“Saya seharusnya menjangkakan kemasukan MCA akan memastikan kaum Cina mendapat layanan sebaiknya namun ini sememangnya dijanjikan bahawa parti itu akan kembali ke dalam Kabinet,” katanya yang turut berasa curiga kemasukan MCA mampu mengembalikan sokongan orang Cina.
Dengan kemasukan Mah dan Wee, Jabatan Perdana Menteri kini dipenuhi dengan 10 menteri yang mengundang pertanyaan pemerhati mengenai tugas dan keperluan menteri berkenaan dalam jabatan itu.
“Ini sesuatu yang gila. Jabatan Perdana Menteri kini mewakili satu pertiga daripada Kabinet. Ia kelihatan seperti semuanya beroperasi di bawah satu bumbung,” kata Prof Dr James Chin dari Universiti Monash, Malaysia.
“Malaysia kini sebuah negara yang paling ramai pemimpin kerajaan di Asia Tenggara,” katanya.
Chin berkata walaupun ramai menjangkakan Najib akan merombak pasukannya dengan menggugurkan menteri yang berprestasi rendah, namun Najib takut kepada menteri sedia ada.
“Ia tidak akan ada pembaharuan. Pembaharuan tidak wujud dengan pengembangan ini. Bagi meningkatkan kecekapan, Kabinet harus dikecilkan,” katanya yang memberi penilaian negatif terhadap limpahan pasukan Najib.
Katanya, Najib terlalu bermurah hati kerana memberi ruang kepada MCA walaupun parti itu menunjukkan prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu.
MCA memegang empat jawatan menteri dan tujuh jawatan timbalan menteri sebelum ini, namun mengambil keputusan tidak menyertai Kabinet selepas pilihan raya umum lalu kerana parti itu hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN pada 2008.
“Dengan keputusan ini, kaum Cina tidak akan kembali kepada BN,” katanya.
Bagaimanapun, penganalisis politik daripada Universiti Malaysia Sarawak Dr Arnold Puyok berpendapat Najib tiada pilihan membuat rombakan berkenaan.
“Beliau perlu memastikan pemimpin parti komponen cukup mewakili Kabinet. Ia akan terus dilihat sama ada rombakan ini membantu transformasi,” katanya.
Arnold percaya Najib merancang untuk mengugurkan menterinya yang kurang memberikan prestasi namun perlu melakukannya dengan berhati-hati bagi mengelak perpecahan dalam kerajaan.
“Beliau tidak sanggup melihat perpecahan BN pada masa kini,” katanya. – 27 Jun, 2014.

1 comment:

  1. Buatlah apa-apa pun Najib, Melayu berkepala babi dan berbadan lembu tetap akan menyokong kamu walaupun kamu melelong habis harta datuk nenek mereka sekalipun. Ayuh Rosmah sokonglah laki dayus kamu tu, bila lagi mahu memijak lumat bangsa yang beragama Islam tetapi berotak babi dan berbadan lembu ini?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa