Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 21, 2014

Menyedihkan: Maasyaa Allah Sampai Hatinya Manusia.....

Operasi PATI temui remaja OKU dikurung, badan kurus kering
2014/06/21 - 09:53:22 AM - bharian
MENYEDIHKAN... Operasi Imigresen memburu pendatang tanpa izin di Nilai menemui seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 15 tahun dikurung seorang diri dalam keadaan kurus kering dengan pakaian reput di Taman Semarak, awal pagi tadi. - Foto Mohd Khidir Zakaria

NILAI: Operasi Imigresen memburu pendatang tanpa izin di sekitar Bandar ini menemui seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikurung seorang diri dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah di sini, awal pagi tadi.

Remaja tempatan berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering dan kecil seperti kanak-kanak, malah memakai baju reput, manakala persekitaran bilik rumah pangsa di Taman Semarak, dipenuhi tanah dan najis. 


Operasi diketuai oleh Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman bersama 115 anggota Imigresen, 30 anggota RELA, empat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan lima Jabatan Pendaftaran Negara, menyerbu kawasan rumah pangsa itu, kira-kira jam 2 pagi tadi. 

Faizal berkata, rumah itu diserbu kerana dikatakan didiami pendatang tanpa izin, tetapi apabila memasuki sebuah bilik, beliau menyangka menemui mayat, tetapi terperanjat apabila melihat seorang budak OKU yang bergerak.

Remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan. 

Ibu remaja itu yang kebetulan baru balik dari bekerja di Sepang ditahan untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Difahamkan ibu remaja berkenaan dikatakan berasal dari Sabah.

2 comments:

  1. astaghfirullah.....

    terkejut tgk keadaan anak ni.....siapala mak bapak /penjaga yang terlalu kejam ni....@#@$ betul...

    ReplyDelete
  2. minta tolong edarkan pada sultan2 n vvip Malaysia

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa