BEBERAPA anggota sukarelawan Iraq menaiki sebuah trak yang membawa meriam ketika berarak di sebatang jalanraya di Baghdad semalam
BAGHDAD - Kumpulan militan menawan sebuah pos Iraq yang digunakan penduduk untuk menyeberangi ke Syria, kata beberapa pegawai keselamatan semalam.
Pos Qaim itu ditawan selepas para militan itu bertempur sepanjang hari dan membunuh kira-kira 30 askar Iraq.
Tindakan militan yang berjaya menawan pos tersebut memberi tamparan hebat buat Perdana Menteri Iraq, Nouri Al-Maliki kerana kerajaan pimpinannya didesak supaya menangani kumpulan militan Islam.
Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam (ISIL) itu berjaya menawan sejumlah besar kawasan di negara ini termasuk bandar kedua Iraq, Mosul.
Anggota-anggota kumpulan itu juga berikrar akan mara ke Baghdad.
Kumpulan ISIL itu menawan pos tersebut yang terletak dekat bandar Qaim, 320 kilometer ke barat Baghdad kelmarin.
Seorang ulama Syiah di Iraq, Ayatollah Ali Al-Sistani kelmarin mendesak Nouri untuk mencapai persetujuan dengan kumpulan Sunah dan Kurdis.
Desakan itu dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mencabar Nouri untuk mewujudkan kepimpinan yang mewakili semua penduduk Iraq. - Agensi
kerajaan iraq hanya patung amarika memang patut ada pejuang yang berani menentang.amarika sedang menguasai iraq itula hakikatnya
ReplyDeleteAlhamdulilah....syiah akan dihapuskan dimuka bumi
ReplyDelete