OLEH MD IZWAN
Published: 25 June 2014
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demokrasi tidak akan berjaya tanpa kesetiaan institusi pentadbiran terhadap kerajaan, khususnya polis dan tentera sebagai penjaga keselamatan negara.
Bekas perdana menteri itu berkata mereka berhak memilih pemerintah, tetapi kesetiaan mereka terletak kepada kerajaan yang dipilih secara majoriti.
"Pada waktu pilihan raya anggota pemerintahan bebas untuk mengundi sesiapa sahaja.
"Tetapi setelah kerajaan didirikan oleh parti yang menang, anggota pemerintahan hendaklah setia kepada kerajaan pilihan rakyat," katanya dalam tulisan di blog Chedet.cc.
Dr Mahathir berkata, syarat tersebut juga perlu dipatuhi oleh polis dan tentera.
"Syarat ini dikenakan juga kepada pasukan polis dan tentera.
"Sebagai badan profesional dalam menjalankan tugas, kesetiaan mereka adalah kepada kerajaan pilihan rakyat," katanya.
Beliau berkata, kegagalan demokrasi di negara Arab yang masih bergelut dengan demokrasi berpunca daripada ketidaksetiaan institusi pemerintah.
"Perebutan kuasa oleh pasukan bersenjata kerana apa pun akan menjadi negara bukan saja tidak demokratik tetapi juga tidak stabil.
"Pemerintahan ketenteraan tetap akan menjadi pemerintahan kukubesi. Rakyat tetap akan menderita," katanya.
Dr Mahathir berkata, demokrasi di negara Islam tidak akan stabil dan mencapai kejayaan kerana sikap tidak dapat menerima kekalahan.
"Dalam dunia Islam sekarang tidak ada negara yang stabil yang diperintah secara demokrasi.
"Selagi tidak ada kesanggupan menerima kekalahan dalam pilihan raya selama itulah demokrasi tidak akan berjaya dalam dunia Islam," katanya. – 25 Jun, 2014.
memang tak bole terima kekalahan macam kat palestin hamas menang tak mau pula iktiraf
ReplyDeletematde oi apa hang duk gebang ni
memang masa pru tak bole paksa mana mana anggota kerajaan pilih bn
tapi apa yang selalu duk jadi
Apa kah masa pemerintahan nya che det mengamalkan pemerintahan yang adil berlandaskan hukum.tidak kah che det membangunkan klcc dengan mengkayakan anak nya.tidak kah duit kwsp digunakan untuk menyelamatkan perniagaan anak nya.bukan kah dizaman nya ipp di ujudkan sedangkan tnb masih mampu membekalkan letrik pada harga murah.pirah che det.yg jahat tetap jahat.yang hina tetap hina.yang busuk tetap busuk.che det pemimpin mangkaq yg merosakan negara demi tembolok keluarga dan sekutu nya.
ReplyDeleteCakap merapu seorang tua dihujung hayat. Polis dan tentera bukan wajib patuh kepada kerajaan, tetapi kepada Perlembagaan Negara dan YDP Agung. Apabila sesebuah kerajaan menyeleweng dari Perlembagaan dan berlaku zalim terhadap rakyat, tentera boleh menggulingkan kerajaan tersebut dan memulangkan kuasa kepada Agung dan Rakyat untuk menegakkan kerajaan baru. Tapi apabila tentera dan polis jadi Pak Turut kepada kerajaan yang bingai, negara dan rakyat menjadi mangsa.
ReplyDeleteHukum dan pemerintahan demokrasi bukan jaminan keamanan.Keamanan dan keberkatan serta kemakmuran jaminan dan kurniaan Allah.Hukum Allah sahaja yang layak menjadi sistem pemerintahan.Yang penting pemimpin dan kepemimpinan itu.Bukan asal orang Islam saja, layak.Bukan.Contoh terdekat sifat dan sikap seperti TG Nik Aziz.Mereka pilhan bukan sebarangan mereka.Aman dan sejahtera yang diperolehi.Kerana mereka dapatkan kuasa kerana Allah dan bersifat zuhud dan tawadhuk.Sambutan Rayapun tanpa samping songket.
ReplyDelete