Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 19, 2014

Kerajaan Syiah Iraq Di Ambang Kejatuhan: Empat Komander Dipecat

PM Iraq pecat empat komander
SH - 19 Jun 2014
Kesan kemusnahan letupan bom kereta yang menggegar bandar Sadr di Baghdad, semalam. - Foto AFP

BAGHDAD - IRAQ. Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki, kelmarin memecat empat komander kanan kerana meninggalkan tugas seminggu selepas bandaraya Mosul jatuh ke tangan kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Seorang daripada komander terbabit, Hidayat Abdulraheem bakal dibicarakan di mahkamah tentera kerana gagal melaksanakan tugas.  

Media Agensi melaporkan, ramai anggota pasukan keselamatan didakwa melarikan diri ketika pertempuran memuncak di beberapa kawasan.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 17 orang terkorban manakala puluhan lagi cedera dalam beberapa siri letupan di Baghdad.

Insiden dipercayai berlaku selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan 275 askar akan dihantar ke Iraq untuk bantuan sokongan.

Difahamkan, ratusan tentera tersebut turut dilengkapi peralatan tempur walaupun Pentagon sebelum ini berikrar tidak akan terlibat dalam konflik di Iraq.

Dalam perkembangan lain, militan ISIL dilaporkan telah menguasai hampir 75 peratus daripada kilang penapisan minyak terbesar di Baiji, utara Iraq.

Jurucakap kilang itu memaklumkan kejadian itu berlaku selepas ISIL melancarkan serangan ke atas premis tersebut pada jam 4 pagi (waktu tempatan).

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa