Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 23, 2014

Mengapa Perkasa Menyerang Najib?

Dr M-Daim menentang Najib; siapa bakal menang bagi pertempuran Umno? 
Dikemaskini 12:54AM Jun 23 2014
Amat menarik apabila Perkasa yang merupakan pertubuhan Melayu berhaluan kanan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal di dalam mengotakan janjinya selama lima tahun ini.
Mengapa Perkasa menyerang Najib? Bukankah Perkasa dibiayai Umno?
Yang jelas, penasihat Perkasa merupakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dr M ialah Umno.
Kali ini Perkasa (dibaca Dr M) telah menggunakan isu peruntukan bagi ruang kedai di KLIA2 bagi menyelar Najib.
Perkasa menyalahkan Najib kerana gagal memberi peluang kepada ahli perniagaan Melayu menjalankan perniagaan di KLIA2 yang baru dibuka.
Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata janji Najib kepada ahli perniagaan bumiputera hanya omongan kosong.
“Kegagalan usahawan Melayu mendapatkan lot perniagaan di KLIA2 adalah bukti bahawa janji Najib dalam tempoh lima tahun ini bagi meningkatkan penyertaan bumiputera di bidang perniagaan hanya cakap-cakap kosong,” katanya.
Syed Hassan berkata Perkasa kerap menyuarakan keperluan bagi usahawan bumiputera diberi peluang tetapi isu usahawan diketepikan daripada KLIA2 amat membimbangkan.
“Peniaga bumiputera diketepikan bukan hanya di KLIA2 tetapi di pusat komersil lain seperti KLCC,” katanya.
Perkasa mencadangkan kepada Najib agar syarikat berkaitan kerajaan membantu kaum bumiputera di bidang perniagaan tetapi cadangan itu tidak diendahkan.
“Syarikat berkaitan kerajaan tidak memandang berat saranan perdana menteri bagi membantu peniaga Melayu,” tegasnya.
Beliau turut mempersoal Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera (MTEB) yang tidak melakuan sebarang tindakan yang memberi faedah kepada usahawan Melayu.
“MTEB dipengerusikan perdana menteri namun di mana organisasi itu sekarang ini?” soalnya.
Utusan Malaysia melaporkan ramai usahawan Melayu gagal mendapat tempat menjalankan perniagaan di lapangan terbang terbaru yang dibuka pada 2 Mei itu.
Penolong pengarang kumpulannya Datuk Zaini Hassan meluahkan kesukaran mencari kedai makanan Melayu di KLIA2.
The Malaysian Insider bagaimanapun melaporkan bahawa Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menafikan dakwaan tersebut dan berkata 40 peratus di lapangan terbang itu dikendalikan usahawan Bumiputera.
Tindakan Perkasa menyerang Najib tidak mengejutkan terutama di kalangan pemerhati politik.
Ia merupakan taktik yang digunakan Mahathir bagi menyingkirkan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas PRU12 pada 2008. Mahathir memerlukan kurang dari setahun memastikan perletakan jawatan Abdullah selaku perdana menteri.
Kini, Najib seperti memberikannya cabaran berbeza kerana dilihat mahu kekal menerajui negara.
Mahathir bagaimanapun bukan calang-calang lawan politik. Selepas 22 tahun memerintah Malaysia, beliau cukup lengkap bagi berhadapan segala jenis musuh politik atau pencabarnya.
Dengan usia semakin lanjut, Mahathir mahu memastikan anaknya yang juga menteri besar Kedah Datuk Seri Muhkriz berpeluang menjadi perdana menteri.
Kehebatannya Mahathir menyebabkan ramai pengikut setianya bersetuju dengan segala langkah yang diambilnya.
Jika Mahathir menyuruh mereka melompat sekalipun, mereka akan bertanya: “Tinggi mana, Tun?”
Mahathir sudah tentu lebih daripada mampu mengganggu-gugat kesejahteraan Najib tetapi persoalannya, bilakah beliau akan melakukan “pukulan mautnya”?
Jangan lupa juga bahawa Mahathir disokong kuat pengikutnya yang paling setia,  yang pernah menjawat jawatan menteri kewangan sebanyak dua kali – Tun Daim Zainuddin.
Pada 17 Disember 2012, sesuatu yang aneh berlaku apabila nama Mahathir dikeluarkan dari senarai Wikipedia bagi pemimpin-pemimpin negara atau kerajaan yang terkaya di dunia.
Dengan 53 bahan rujukan, laman Wikipedia menyenaraikan Mahathir di kedudukan kedua selaku pemimpin negara selepas bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak dengan kekayaan sekitar RM130 bilion.
Walaupun laman Wikipedia itu masih boleh dilayari, nama Mahathir terkeluar secara misteri pada 17 Dis 2012 selepas berita mengenainya tersiar di dalam Malaysia Chronicle dengan tajuk “Mahathir now the world’s second richest ex-leader with US$44 billion?”
Selepas kakitangannya memberitahu bahawa nama Mahathir telah bertukar dengan presiden Suharto dari Indonesia, pengarang mengeluarkan berita itu kerana Wikipedia kadang-kala dimanipulasi.
Persoalan yang timbul ialah jumlah wang yang disalurkan keluar negara (RM200 bilion) pada 2010 dan skandal kehilangan RM871 bilion dapam tempoh 10 tahun ini.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng (juga ketua menteri) menulis pada 18 Dis 2012:
“Najib mendiamkan diri dan gagal bertindak di dalam skandal RM871 bilion ini. Ia menunjukkan beliau gagal melaksanakan akauntabiliti dan kerajaan BN pimpinannya membenarkan amalan pengaliran wang haram ke luar negara…
Walaupun berjanji siasatan akan dilakukan Bank Negara, ia masih belum mengumumkan keputusan siasatan. Bank Negara turut dibantu pakar ekonomi terkemuka. Adakah ini merupakan contoh “Janji Tak Ditepati” BN?
Reuters melaporkan pada 18 Dis 2012, jenayah, korupsi dan pengelakan cukai telah menyebabkan kerugian USD6 trillion bagi negara-negara membangun.
Malaysia yang ekonominya didominasi ekspot dari kalangan golongan elit kehilangan USD64.38 bilion pada 2010 dan USD285 billion secara keseluruhan dari 2001 hingga 2010.
Penyaluran wang keluar meningkat sebanyak 13.3 peratus setahun sejak 2010 dan memberi pulangan kepada pemimpin korup di Malaysia.
Apakah kesannya kepada sosio ekonomi semasa negara? Apakah masa depan Malaysia?
Ng Kee Seng percaya bagi sistem demokrasi yang sihat, setiap rakyat Malaysia perlu memainkan watak dan peranan di dalam pembangunan negara. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa