Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 22, 2014

Ini Rupanya Jembalang Penculikan Di Sabah!

Muktadir Bersaudara Dalang Penculikan Di Pantai Timur Sabah?
Diterbitkan: Ahad, 22 Jun 2014 8:33 AM
Oleh: THE STAR
Polis membuat rondaan di sekitar sebuah resort di Pulau Pom Pom. Terdapat villa atas air di mana seorang pelancong warga Taiwan dibunuh dan seorang lagi diculik.

SEMPORNA: Bapa kepada lima anak lelaki itu merupakan seorang lanun yang terkenal sebelum kematiannya pada lewat 1990an.
Mutakdir, seorang warga Filipina melakukan keganasan di laut Sulu dan Celebes yang memisahkan Sabah dan selatan Filipina.
Kelima-lima anak lelaki beliau, yang dikenali sebagai "Muktadir bersaudara" merupakan sebahagian daripada keluarga penculik bersenjata.
Pasukan keselamatan Malaysia memburu mereka yang dipercayai merupakan dalang di sebalik empat kes penculikan merentas sempadan yang berlaku di pantai timur Sabah sejak November lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Omar Mammah berkata, polis percaya kumpulan yang sama terlibat dalam kesemua empat kes penculikan sejak tujuh bulan lalu.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti kumpulan yang menculik untuk tebusan - 'kidnap for ransom' (KFR).
Menurut para pegawai risikan yang ditemurmah oleh Sunday Star, Mutakdir bersaudara itu merupakan salah satu daripada 14 kumpulan KFR yang dikenali di selatan Filipina.
Tidak seperti Mutakdir bersaudara, kumpulan KFR lain menjalankan operasi mereka di antara perairan Filipina.
Pasukan petugas keselamatan Malaysia telah mengenal pasti tiga daripada lima beradik berkenana iaitu Nelson, Badung dan Gadafi, manakala dua lagi dilaporkan dinamakan sebagai Murphy Ambang Ladia @ Gulam dan Ali, yang juga dikenali sebagai Braun.
Adik-beradik itu dipercayai berpangkalan di perkampungan air di pulau Sitangkai di kepulauan Tawi Tawi yang merentasi pantai timur Sabah.
Mereka dikatakan pernah tinggal di Semporna, Sabah ketika bapa mereka bertugas sebagai pengawal keselamatan di daerah itu sebelum dia menjadi seorang lanun terkenal yang menjalankan operasi di perairan Semporna dari selatan Filipina.
Sumber risikan berkata, Nelson merupakan bekas anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).
Beliau tinggal bersama isteri dan anak-anaknya di Kampung Bangau Bangau di Semporna dan bertugas sebagai tukang kayu dan pengurup wang serta menyeludup dadah jenis syabu.
Kumpulan bersaudara itu mewujudkan hubungan tempatan menerusi saudara-mara dan rakan-rakan yang memberi bantuan kepada mereka setiap kali melakukan penculikan.
Mereka juga biasa dengan persekitaran perairan dan pergerakan pasukan petugas keselamatan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa