Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 18, 2014

Akhirnya Didakwa Juga.......

Presiden Isma didakwa esok mengikut Akta Hasutan
OLEH MD IZWAN
Published: 18 June 2014 | Updated: 18 June 2014 7:25 PM
Susulan kenyataan kontroversi menuduh orang Cina sebagai penceroboh, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abdul Rahman (gambar) akhirnya akan didakwa esok di Mahkamah Seksyen Kajang.
Abdullah akan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 selepas surat waran polis dihantar kepada beliau.
Dalam satu kenyataan hari ini, Isma mengesahkan pendakwaan tersebut dan Abdullah akan diwakili peguam, Haezreena Begum Abdul Hamid dari Lokman Reena & Co.
"Menurut Abdullah, beliau menerima surat waran polis dan akan hadir ke mahkamah esok," kata Isma dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan bertarikh 6 Mei lalu, Abdullah berkata orang Cina datang ke negara ini bersama penjajah British sebagai penceroboh.
"Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?
"Itu semua perbuatan British yang bersekongkol dengan Cina menindas dan membuli orang Melayu," kata Abdullah.
Beliau berkata demikian bagi membidas golongan bukan Islam yang menentang pelaksanaan undang-undang Hudud.
Susulan kenyataan tersebut, pelbagai pihak mengkritik dan membidas Isma.
Malah, laporan polis diseluruh negara juga dibuat ke atas Abdullah. – 18 Jun, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa