Published: 22 June 2014 | Updated: 22 June 2014 8:53 PM
Bekas komando polis yang didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 lalu kini berhadapan dengan masalah sekali lagi – ditangkap khalwat dengan wanita yang sudah berkahwin dan kini didakwa menumbuk seorang anggota polis pula.
Kejadian berlaku di Balai Polis Sepang malam Khamis lepas selepas beliau ditahan kerana berkhalwat dan dibawa ke balai polis itu.
Ia berlaku dalam keadaan tangannya bergari ketika rakan kepada suami wanita itu datang mahu membantu tangkapan tersebut.
Bekas komando itu menumbuk muka anggota polis itu sehingga berdarah hidungnya dan cedera ringan pada bibirnya.
Ketua polis Sepang, Superintendent Mohd Yusoff Awang berkata kertas siasatan dibuka terhadap suspek di bawah Seksyen 323 Kod Penal kerana menyebabkan cedera tanpa senjata selepas laporan oleh polis yang menjadi mangsanya.
Ketika menjelaskan perkara itu, Mohd Yusof berkata, berlaku kekecohan selepas bekas komando itu ditangkap kerana khalwat.
"Polis yang cedera itu adalah jiran wanita itu. Dia datang untuk membantu. Berlaku salah faham dan berakhir dengan kecederaan," kata Mohd Yusoff. – 22 Jun, 2014
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa