Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 27, 2014

Lolanopita Sadi Mengaku Tidak Bersalah

Ibu Remaja OKU Terbiar Mengaku Tidak Bersalah
mStar - Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 11:40 AM
SEREMBAN: Seorang ibu berusia 40 tahun pada Jumaat mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengabaikan anak kurang upaya berusia 15 tahun yang ditemui dalam keadaan terbiar di sebuah flat di Nilai dekat sini.
Tertuduh, Lolanopita Sadi juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan gangguan emosi dan kecederaan kepada anaknya, Muhammad Firdaus Dullah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen B. Jagjit Singh.
Lolanopita dituduh mengikut seksyen 31 (1) (a) dan 33 (c) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pesalah mengikut seksyen 31 (1) (a) boleh dikenakan denda sehingga RM20, 000, dan penjara sehingga 10 tahun manakala Seksyen 33 (c) memperuntukkan denda sehingga RM5, 000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.
Kisah Muhammad Firdaus menjadi perhatian masyarakat selepas pasukan penguatkuasa Imigresen yang menjalankan pemeriksaan rutin terhadap kawasan penempatan pendatang tanpa izin menemui remaja itu dikurung di dalam bilik sebuah rumah flat pada Sabtu lalu.
Ketika ditemui, Muhammad Firdaus berada dalam keadaan berlumuran najis dan pakaiannya koyak-rabak.
Ibu Muhammad Firdaus iaitu Lolanopita, yang bekerja di sebuah syarikat katering di Sepang, sebelum ini mendakwa terpaksa membiarkan anaknya kerana tidak tahu tempat untuk dirujuk.
Sehubungan itu, Hakim Jagjit membenarkan Lolanopita diikat jamin RM7,000 bagi kedua-dua tuduhan dan menetapkan 24 Julai depan untuk sebutan semula kes.

3 comments:

  1. Ibu..
    Ku tetap sayang pada mu ibu
    Ku tahu diri ku cacat
    Ku tahu diri ku tak sempurna
    Tapi..
    Jangan lah kau biarkan diri ku ibu..
    Jangang lah kau hina ku ibu
    Aku sangat sayang pada mu ibu
    Ibu...
    Sekiranya diri ini menyusah kan ibu
    Sekiranya ibu malu dgn keadaan ku ini
    Ku rela pergi ibu
    Ya Allah...
    Andai kata diriku menyusahkan ibuku
    Andai kata kelahiran ku ini memalukan ibu ku..
    Cabutkan lah nyawaku...
    Semoga hidup ibu senang
    Aku mahu hidup ibu ku gembira ya Allah
    Ibu....
    Aku sayang pada mu ibu
    Ibu...
    Maaf kan anak mu yg cacat ini ibu
    Ibu...ibu...kau lah ibu ku



    ReplyDelete
  2. alasan nak melepaskan diri, tak tahu mana nak dirujuk.... biar dia tersungkok dalam penjara... binatang pun sayangkan anak...balasan pada orang yang kejam.... ada banyak masa dalam penjara, qiamulail laa tiap2 malam.. gerrrrrammmmm

    ReplyDelete
  3. Menghukum ibu ini bererti menghukum anak2nya juga. Sekiranya dia dipenjara atau dibuang kerja, siapakah yang akan menjaga anak2nya nanti?? Kesempitan hidup bukan perkara main2. Mahkamah perlu membuat ketetapan pihak mana yang mesti dipertanggunjawabkan menjaga kanak2 tersebut jika mahu menghukum si ibu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa