Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 27, 2014

Mudahkah Penduduk Memali Memaafkan Bapa Mukhriz Dan BN?

'Tiada semudah itu dapat kemaafan penduduk Memali'
mk - 6:26AM - 27 Jun 2014
ULASAN: Ungkapan tahniah Dewan Pemuda PAS Kedah ucapkan kepada menteri besar (MB) Kedah kerana julung-julung kali MB daripada kerajaan BN, turun memberi bantuan ke kampung Memali.

Kampung yang dahulunya pernah berlaku peristiwa hitam sehingga kerajaan BN melabelkan pengikut Allayarham Ustaz Ibrahim Libya sebagai ‘bughah’ atau penderhaka.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menteri besar Kedah bersama ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim, juga Exco kerajaan negeri Kedah, Datuk Tajudin, Datuk Rawi, YB Aminuddin dan ADUN Bayu, Datuk Azmi telah hadir pada 22 Jun lalu untuk memberi bantuan kepada golongan kurang upaya dan ibu tunggal. Beberapa balu syuhada’ Memali juga diberikan bantuan.

Dewan Pemuda PAS Kedah melihat situasi ini sebagai suatu usaha normalisasi Umno melalui tindakan Datuk Seri Mukhriz mengunjungi kampung yang suatu ketika dahulu dihina dan dimalukan dalam Parlimen beberapa kali.

Normalisasi bukan suatu usaha yang mudah, tambahan pula jika ia dilakukan tanpa keikhlasan dan konsisten.

Lihat sahaja konsep normalisasi Jepun terhadap China dan Korea yang sehingga kini masih belum berjaya 100 peratus kerana bisa dan luka lama penyiksaan, jenayah perang kerajaan Jepun belum boleh dimaafkan oleh rakyat dua negara berkenaan.

Normaliasi boleh kelihatan berpura-pura atau wayang jika hubungan mesra hanya melalui media cetak dan media elektronik.

Misalnya lagu Jepun dikatakan popular di Korea menandakan rakyat Korea memaafkan kerajaan Jepun. Pastilah konsep ini salah dan tidak tepat dengan keadaan sebenar.

Sehingga kini tiada ungkapan rasmi kerajaan BN memohon maaf kepada penduduk kampung Memali dan PAS khususnya yang dipalit dengan tuduhan penderhaka, komunis, pengganas dan penganut ajaran sesat.

Jika dalam hal pemecatan Tun Salleh Abbas oleh Tun Mahathir Mohamad, kerajaan boleh memohon maaf, mengapa dalam hal kes Memali kerajaan mendiam diri.

Adakah dengan mengumpan bantuan, Umno-BN harapkan kemaafan daripada penduduk kampung berkenaan?

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.

Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dihebahkan juga sebagai pengikut ajaran Komunis (rujuk luahan memoir isteri Ustaz Ibrahim Libya).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Walaupun ribuan risalah bughah disebar seluruh Kedah menuduh pengikut Allayarham sebagai penderhaka, Sultan Kedah tetap menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka.

Dewan Pemuda PAS Kedah menyokong penuh saranan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang menggesa kerajaan membuka semula penyiasatan insiden berdarah di kampung Memali, yang meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis.

Kata Mat Zain sebelum ini  jika kes pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali atau "Batang Kali Massacre" pada 1948 yang melibatkan kaum Cina dan kerajaan British boleh dibuka semula, bukti baru yang didedahkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengenai Dr Mahathir berada di Malaysia semasa insiden itu dan bukan di China seperti dipercayai sebelum ini, cukup kuat untuk dijadikan asas memulakan semula siasatan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa